Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Setiap Kita Ada Peranan - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Setiap Kita Ada Peranan - Raja Muda Perlis

Setiap Kita Ada Peranan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 13 April 2020 09:49

Padang Besar , 13 April 2020 - Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 32/2020 yang pada asalnya dirancang akan pelaksanaannya pada 3 hingga 5 Julai 2020 di negeri Perlis dan dituanrumahkan oleh Rejimen 504 Askar Wataniah ditangguhkan ke suatu tarikh baru yang akan ditetapkan semula kelak. Penangguhan ini adalah disebabkan situasi semasa di dalam negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah hari ini.

Menurut baginda, pengesahan pemakluman tersebut diterima secara rasmi daripada Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Hj. Zarondin Md Amin bagi pihak Panglima Tentera Darat Malaysia.

Walaubagaimanapun, tambah Tuanku Raja Muda, segala persiapan oleh pasukan penganjur dan juga agensi-agensi lain yang membantunya akan terus diperkemaskinikan sebagai persediaan awal sementara menunggu tarikh baru diputuskan.

Pada masa yang sama Tuanku Syed Faizuddin mengingatkan seluruh rakyat untuk terus mematuhi arahan kerajaan dan memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi memutuskan rantaian virus pandemik COVID-19 ini.

‘Setiap Kita Ada Peranan’, malah PKP ini langsung tidak akan mendatangkan hasil seperti yang diharapkan jika rakyat tidak melipatgandakan usaha dengan penuh tanggungjawab untuk mempraktikkan sikap ‘Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ dengan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada arahan PKP kerajaan.

Sementara itu, Timbalan Komander rejimen berkenaan yang berpengkalan di Kem Bukit Keteri Perlis, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak mengalu-alukan masyarakat di negeri ini yang berminat untuk menyertai pasukan sebagai sukarela atau sukarelawati bolehlah menghubungi pihak Rejimen melalui kaedah
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., telefon : 04 9386073 atau Fb : Rejimen Askar Wataniah Perlis. Tambah beliau, proses dokumentasi selanjutnya akan dilaksanakan sejurus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir nanti.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE