Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Tinjau Sistem Pengurusan, Seni Bina Masjid Sultan Ahmed Di Turki

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Raja Muda Perlis Tinjau Sistem Pengurusan, Seni Bina Masjid Sultan Ahmed Di Turki

/ Archive MAIPs / Monday, 16 December 2013 00:27

ISTANBUL, 16 Dis 2013 (ISNIN) -  Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini meninjau sistem pengurusan dan seni bina masjid Sultan Ahmed di sini, sempena lawatan kerja banginda ke Turki.Masjid yang dibina pada abad ke-17 itu juga dikenali sebagai Masjid Biru dengan kira-kira 20,000 keping seramik yang menghiasi hiasan dalaman masjid berkenaan adalah berwarna biru.Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke masjid yang dibina semasa pemerintahan Sultan Ahmed 1 itu, disambut muazimnya, Asqin Musa Tunca yang kemudiannya menyampaikan taklimat kepada baginda.Baginda turut menyampaikan cederahati berupa plak MAIPs kepada Asqin yang juga merupakan seorang penterjemah bahasa Inggeris bagi masjid yang menjadi tarikan pelancong kerana keindahan seni binanya.Bertitah kepada wartawan Bernama yang membuat liputan baginda ke sini, Tuanku Syed Faizuddin berharap masjid akan terus berperanan bagi membawa mesej keharmonian dan kedamaian kepada masyarakat.

"Pihak pengurusan masjid perlu sentiasa kreatif dalam menganjurkan aktiviti dan program ke arah mengembalikan fungsi masjid yang berperanan dalam menyemarakkan sikap toleransi dan keharmonian sesama masyarakat Islam dan juga kepada masyarakat bukan Islam," titah baginda.Menurut baginda, keterlihatan Islam sebagai agama yang begitu mementingkan nilai kemanusiaan sejagat perlu ditonjolkan agar kesempurnaan ajaran Islam dapat dirasai bukan hanya oleh umat Islam tetapi oleh rakan-rakan berlainan agama dan kepercayaan.Menurut baginda, MAIPs sentiasa memberi perhatian terhadap usaha mengimarahkan masjid dengan menyalurkan peruntukan kewangan kepada 105 buah institusi masjid di Perlis.Dari tempoh Januari hingga November 2013, MAIPs telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak hampir RM1.4 juta sebagai bayaran sagu hati pegawai-pegawai masjid di seluruh Perlis.Tuanku Syed Faizuddin berada di sini sejak Jumaat, turut menyertai penduduk tempatan melakukan solat Jumaat di Masjid Suleimaniyah yang merupakan masjid terbesar di Istanbul yang dibina pada tahun 1550 dan siap sepenuhnya pada tahun 1558.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE