Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pendakwah Perlu Peka Selesai Masalah Ummah – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Pendakwah Perlu Peka Selesai Masalah Ummah – Raja Muda Perlis

Pendakwah Perlu Peka Selesai Masalah Ummah – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 13 January 2020 09:01

Krabi, Thailand, 13 Jan. 2020 (Isnin) -Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya golongan pendakwah lebih peka serta memiliki idea dan fikrah Islam secara jelas dan betul bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku di dalam masyarakat setempat.

Baginda selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, ini selari dengan matlamat dakwah untuk membawa perubahan kepada masyarakat ke arah yang lebih positif dan menepati segala kehendak agama.

Titah baginda, jangan sesekali menggunakan kekerasan dan paksaan kerana ia menunjukkan peribadi yang tidak sopan.

“Kebiasaannya, kesilapan ini dilakukan oleh golongan yang kurang berpelajaran serta lemah dalam menyasarkan dakwah berdasarkan Al Quran”.

Baginda bertitah demikian ketika menjalankan penutupan Seminar ‘Ummatan Wahidah’ Sempena Program Ziarah Mahabbah MAIPs Ke Wilayah Krabi di Masjid Besar Krabi, Thailand tengahari semalam.

Tuanku Raja Muda Perlis berkenan mengetuai delegasi MAIPs ke Wilayah Krabi, Thailand menerusi Program Ziarah Mahabbah Sempena Sambutan 100 Tahun MAIPs bermula jumaat dan berakhir hari ini.

Baginda juga bertitah supaya pendakwah berusaha memberikan penerangan, pendedahan dan kefahaman mengenai Islam bagi mengelak penganut agama lain tidak salah tanggapan mengenai Islam.

Titah baginda, sebarang kekeliruan dan persengketaan yang mungkin timbul akan dapat dileraikan dan diselesaikan dengan mudah disebabkan kedua-dua pihak memahami antara satu sama lain.

Selain itu baginda juga menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada MAIPs dan komuniti di Wilayah Krabi di atas penganjuran seminar tersebut yang sudah masuk tahun ke enam kali ini dan menjadi platform terbaik bagi memperkukuhkan lagi perpaduan umat Islam antara dua negeri, wilayah dan negara yang berjiran.

~SUMBER SUARA MERDEKA~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE