Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan Jerman

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan Jerman

Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan Jerman

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 17 October 2019 09:08
KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa semua pihak berusaha memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Jerman.  
 
Baginda bertitah demikian ketika berangkat mengadakan kunjungan ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Altstadt, Frankfurt Am Main, Jerman baru-baru ini. Baginda berbangga apabila hubungan Malaysia dan Jerman berada di tahap yang baik dengan perdagangan mencatat lebihan dagangan sejak dua tahun lalu.   
 
"Pelbagai inisiatif kerjasama boleh diusahakan bagi meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Jerman ke arah perkongsian kemakmuran bersama," titah baginda.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, M Mukundan bersama pegawai pelbagai agensi Kerajaan Malaysia. Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut meluangkan masa mendengar taklimat yang disampaikan selain berkenan menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berupa ‘Tabung Ibnu Sabil’ kepada pihak Pejabat Konsul Jeneral Malaysia Frankfurt. Lawatan baginda diiringi Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Abang Patdeli Abang Muhi dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE