MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR, 4 Julai 2017 (Selasa) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan mendapatkan kepakaran Institut Integriti Malaysia (IIM) mewujudkan Pelan Integriti MAIPs serta melaksanakan ujian integriti kepada semua kakitangannya.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs bertitah pelan integriti tersebut akan meningkatkan tahap keberkesanan agensi itu dalam kalangan masyarakat.
Baginda bertitah pada majlis sembah mengadap hormat dan perbincangan kerjasama kolaborasi IIM dengan MAIPs dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perlis di Galeri SD28 di sini hari ini. IIM diwakili Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Anis Yusal Yusof.
Hadir sama Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal; Rektor UiTM Perlis Zailuddin Ariffin dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Mohd Mizan Mohamad Aslam.
Menurut Tuanku Syed Faizuddin MAIPs berhasrat mewujudkan budaya dan etika integriti Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) Islam dan semua sekolah agama serta institusi pendidikan Islam di negeri ini.
"MAIPs akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di negeri ini supaya memupuk budaya dan etika integriti dalam kehidupan seharian," titah baginda.
Sumber daripada BERNAMA