Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perempuan Hadir Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Kontinjen Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Perempuan Hadir Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Kontinjen Perlis

Raja Perempuan Hadir Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Kontinjen Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 19 April 2024 09:40

RAJA Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis di Mes Pegawai Kanan di Jalan Raja Muda, Kangar.

 

Baginda diiringi oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner, Baderul Hisham Baharudin serta Pegawai-Pegawai Kanan PDRM Kontinjen Perlis.

Duli-Duli Tuanku turut berkenan mengadakan lawatan ke gerai-gerai juadah yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dibahagikan mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Tuanku Tengku Fauziah juga berkenan menyempurnakan pengurniaan duit raya kepada seramai 160 kanak-kanak yang merupakan anak kepada para pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Perlis.

Pelbagai persembahan menarik oleh para pegawai dan anggota PDRM bagi menampilkan bakat-bakat yang ada juga diadakan termasuklah sketsa, dikir barat dan nyanyian bertemakan Hari Raya untuk menghiburkan sekalian yang hadir.  

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE