Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bazar Ramadan Dataran MAIPs catat nilai jualan tertinggi

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Bazar Ramadan Dataran MAIPs catat nilai jualan tertinggi

Bazar Ramadan Dataran MAIPs catat nilai jualan tertinggi

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 04 April 2024 10:09

KANGAR, 4 April - Tiga bazar Ramadan kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis yang mula beroperasi sejak 13 Mac lalu hingga kini berjaya mencatatkan nilai jualan mencecah RM1.3 juta.

 

Pengoperasian bazar Ramadan berkenaan melibatkan 160 usahawan iaitu di bazar Ramadan Dataran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Kangar, bazar Ramadan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Pauh Putra dan bazar Ramadan Pasar Tani Kekal (PTK) Simpang Empat.

 

Menurut Pengarah FAMA Perlis Mohd Anzara Azizan dalam kenyataannya, bazar Ramadan Dataran MAIPs Kangar mencatat nilai jualan tertinggi iaitu sebanyak RM500,000 yang melibatkan 38 usahawan.


"Usaha dilaksanakan FAMA dengan pembukaan Bazaar Ramadan sepanjang bulan Ramadan ini bagi memberi peluang kepada usahawan bimbingan FAMA mencari rezeki tambahan selain daripada terlibat dalam Pasar Tani," katanya.


Pada Program Sentuhan Kasih Ramadan FAMA-MPK-MAIPs di Dataran MAIPs, yang turut diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diiringi oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

Bersempena program itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan penyampaian sumbangan Kit Sentuhan Kasih Ramadan kepada Imam Masjid Al Rashid, Kubang Perun, Ahmad Ismail dan Imam Masjid Al Ridza Panggas, Kasim Emat.


Hingga kini seramai 350 asnaf dan jemaah dari tujuh masjid di Perlis mendapat faedah daripada program tersebuit iaitu Masjid Ali Imran Ulu Pauh, Masjid Alwi, Masjid Tun Razak, Masjid Al Amin Sempering, Masjid Nurul Iman, Masjid Al Rashid dan Masjid Al Ridza.


Pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Ramadan bagi mengimarahkan bulan mulia ini dan menggalakkan usahawan menyumbang menerusi aktiviti khidmat sosial korporat (CSR).

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE