Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Terap nilai Islam dalam setiap tindakan – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
 Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Mohd Nazim berkenan menyantuni salah seorang mangsa ribut di Kampung Kechor sempena Kayuhan MAIPs Peduli sekitar Santan. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Mohd Nazim berkenan menyantuni salah seorang mangsa ribut di Kampung Kechor sempena Kayuhan MAIPs Peduli sekitar Santan.

Terap nilai Islam dalam setiap tindakan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 01 April 2024 07:33
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melawat rumah mangsa ribut di Kampung Kechor sempena Kayuhan MAIPs Peduli sekitar Santan.

 

 

Nilai-nilai Islam, berakhlak mulia, beradab dan bijaksana hendaklah diterapkan dalam setiap tindakan. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli yang berlangsung di sekitar Santan dekat Kangar.

Kayuhan amal mingguan itu bertujuan untuk menyantuni dan memberikan sumbangan kepada golongan asnaf yang terpilih dan mereka yang memerlukan di negeri ini.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf ketika mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Santan.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) juga berkenan untuk menyempurnakan sumbangan MAIPs berupa wang tunai RM700, Kits MAIPS Peduli dan beras Fidyah kepada tiga asnaf terpilih kali ini.

 

Pada kunjungan yang sama, Baginda berkenan berangkat menziarahi dan menyantuni beberapa buah rumah mangsa ribut baru-baru ini milik Shahily Shahidan, 73 dari Kampung Salang, Shaari L Din, 73 dan Mohd Zulhilmi Saadun, 30 tahun dari Kampung Kechor yang terjejas serta mengalami kerosakan namun berada pada tahap yang boleh dibaiki.

 

 

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra singgah di Cynta Kopi di Kampung Alor Sena, Berseri ketika mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Santan.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan singgah di Cynta Kopi di Kampung Alor Sena, Berseri yang merupakan salah satu kafe yang menjadi tumpuan baru rakyat negeri Perlis khususnya golongan muda.

 

Kafe estetik ini beroperasi bermula jam 4 petang sehingga 12 malam menawarkan pelbagai jenis minuman kopi, teh dan jus buah-buahan serta pelbagai jenis pastri dan roti john yang menarik.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE