MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR ,2 Mei 2017 (Selasa) – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan aplikasi ‘i-ISLAM PERLIS’ sempena program Perkampungan Sunnah Siri Keempat di Masjid Alwi di sini, yang berakhir semalam.
Turut berkenan berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs.
Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin juga menghadiri majlis itu.
Aplikasi itu dibangunkan Jabatan Mufti Perlis, Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
MAIPs dalam kenyataannya hari ini berkata antara kelebihan aplikasi berkenaan adalah dapat membantu mengetahui lokasi dan mencari maklumat ilmiah yang berkaitan Islam di negeri ini.
Menerusi aplikasi i-ISLAM PERLIS, orang ramai boleh mencari lokasi masjid dan aktiviti yang dianjurkan di sekitar Perlis selain mendapatkan waktu solat serta mengetahui informasi tentang agensi berkaitan.
Aplikasi itu, yang boleh dimuat turun melalui App Store dan juga Google Play, turut menyediakan kemudahan mencari koleksi doa, fatwa Perlis dan arah kiblat.
Sumber daripada BERNAMA