Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Saksi Serahan Sijil SKM Kepada Koperasi Kariah Masjid Seberang Ramai

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Saksi Serahan Sijil SKM Kepada Koperasi Kariah Masjid Seberang Ramai

Raja Muda Saksi Serahan Sijil SKM Kepada Koperasi Kariah Masjid Seberang Ramai

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 26 February 2024 14:20

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan penyampaian sijil pendaftaran koperasi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Koperasi Kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

 

Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SKM, Rusli Jaafar kepada wakil kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Aziz Mizan.

Koperasi tersebut ditubuhkan pada 15 Februari lalu.

Di majlis yang sama CEO UDA Holdings Berhad, Datuk Sri Mohd Salem Kailany mewakili UDA menyerahkan sumbangan zakat kepada masjid tersebut sebanyak RM10,000.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Raja Muda dan Raja Puan Muda turut berkenan menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 70 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Seberang Ramai dan 70 lagi dari Kampung Seberang Tok Pi.

Masing-masing menerima sumbangan daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra berupa wang tunai RM700 setiap seorang dengan agihan wang zakat MAIPs kali ini berjumlah RM98,000.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE