Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelajar Wajib Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Untuk Jadi Golongan Berdaya Saing

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Pelajar Wajib Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Untuk Jadi Golongan Berdaya Saing

/ Archive MAIPs / Thursday, 06 April 2017 14:28

KANGAR, 6 April 2017( Khamis)  - Pelajar yang ingin menjadi golongan modal insan yang berdaya saing dan berfikiran terbuka harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda bertitah Islam sendiri menuntut umatnya mendalami ilmu kerana tanpa ilmu manusia akan hidup dalam kejahilan dan mundur.

 "Dalam mengharungi onak dan duri alaf baharu, generasi muda khasnya remaja wajib memiliki ilmu dunia dan akhirat supaya tidak dimanipulasi oleh golongan tidak bertanggungjawab," tambah baginda.


Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian semasa merasmikan Program Titian Kasih Mega Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) di sekolah tersebut di sini, petang semalam.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis itu mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis.

Bersempena keberangkatan ke sekolah tersebut, pasangan diraja itu berkenan menanam ikon Perlis iaitu pokok mempelam harumanis dan pokok bunga kertas.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menyaksikan penyerahan cek zakat sumbangan MAIPs oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nazim Noor sebanyak RM5,000 kepada Pengetua SMSTSP, Adnan Harun untuk menjayakan aktiviti dakwah sekolah tersebut.


Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE