Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Gesa Masyarakat Budayakan Semangat Sukarela

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Raja Muda Perlis Gesa Masyarakat Budayakan Semangat Sukarela

/ Archive MAIPs / Tuesday, 07 February 2017 11:28

KANGAR, 7 Februari 2017 (SELASA) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa masyarakat agar terus membudayakan semangat kesukarelawan dalam membantu orag lain yang memerlukan pertolongan.

Baginda bertitah semangat kesukarelawan akan mewujudkan masyarakat harmoni yang sentiasa membantu dan tidak lokek menghulurkan pertolongan sama ada wang ringgit, masa atau tenaga.

"Dengan mempunyai semangat dan sikap ingin membantu tanpa dipinta dalam kalangan masyarakat sudah tentu lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan di Perlis khususnya dan Malaysia umumnya akan dapat dibantu serta tidak jauh tersisih," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada 'Program Berbasikal Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' kali ke 11 bagi tahun 2017 di Rumah Kebajikan Teratak Rahmat, Persatuan Al-Islah Perlis (Al-Islah), Mata Ayer di sini pada Selasa.

Program tersebut turut disertai Duta Besar Republik Czech Ke Malaysia, Rudolf Hykl dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan kepada 30 asnaf di sekitar kawasan Mata Ayer.

Selain itu baginda turut menyaksikan penyerahan surat hasrat kerjasama mewujudkan Pusat Perlindungan Muallaf antara MAIPs dengan Al-Islah yang disampaikan oleh Mohd Nazim kepada Yang Dipertua Al-Islah, Mohd Ihsan Idris.

Rumah Perlindungan Muallaf tersebut diwujudkan bertujuan untuk membantu menempatkan sementara saudara Muslim yang baharu memeluk agama Islam selain dijadikan pusat aktiviti dakwah kepada masyarakat setempat.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE