Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Gesa Pelajar Dalami Pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Raja Muda Perlis Gesa Pelajar Dalami Pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah

/ Archive MAIPs / Saturday, 17 December 2016 08:28

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2016 (SABTU)– Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa pelajar Malaysia di Madinah, terutama mereka yang berasal dari Perlis supaya mendalami pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang pengajian mereka.

Baginda bertitah ini sejajar dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis yang meletakkan Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan bagi umat Islam.

Menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini, gesaan itu dibuat ketika baginda berangkat ke majlis “Tautan Ukhwah” bersama Pelajar Perlis yang sedang melanjutkan pengajian di Madinah di sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs berharap setiap pelajar memanfaatkan ilmu yang diperolehi di Madinah untuk kembali dikembangkan di Malaysia serta menabur bakti kepada masyarakat khususnya di Perlis berasaskan landasan Sunnah Wal Jamaah yang berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah.

Baginda turut menggalakkan golongan pelajar di Madinah mengikuti kelas hafazan al-Quran yang dikelolakan imam Masjid An Nabawi Syeikh Dr Abd Muhsen Al-Qasim kerana baginda difahamkan oleh imam itu, bahawa pelajar Malaysia terlalu kurang mengikuti kelas-kelas kelolaannya di masjid itu.

Dr Abd Muhsen yang rapat dengan baginda pernah melawat Perlis beberapa tahun lalu.

Selain itu, baginda juga mahu pelajar meningkatkan kemahiran dalam bidang pengucapan awam, kemahiran menulis dan pengurusan sebagai asas utama untuk bersaing dalam pasaran kerja serta berbakti di tanah air.

Sementara itu, seramai 14 pelajar dari Perlis yang sedang menuntut di Madinah Islamic University (MIU) dan hadir pada majlis itu menerima sumbangan MAIPs sebanyak RM2,000 seorang.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE