Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sambutan Tahun Baru Cina Dijangka Paling Meriah Tahun Ini – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Sambutan Tahun Baru Cina Dijangka Paling Meriah Tahun Ini – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 18 January 2023 13:19

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang berbilang kaum, di mana terdapat banyak etnik, bahasa dan agama, dan mereka masih mengekalkan adat dan budaya nenek-moyang masing-masing.

 

Sehubungan itu, masyarakat di negara ini terus mempamerkan pelbagai gaya hidup, kepercayaan dan sambutan perayaan yang berbeza.

Tahun Baru Cina umpamanya mengetengahkan beberapa aspek dan amalan menarik tradisi kaum Cina.

Perayaan yang disambut oleh kaum Cina ini juga dikenali sebagai masa yang terbaik untuk kesemua ahli keluarga berkumpul, di samping bermain bunga api dan mercun, menghayati Tarian Singa, menikmati Limau Mandarin, dan juga masa untuk memberi dan menerima ’Ang Pow’.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan merasmikan ”Pembukaan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) bertajuk “Sharing the Joy of the Rabbit Chinese New Year 2023” anjuran Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dengan kerjasama YTF pagi tadi.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Penasihat DiRaja YTF rasa amat teruja menjadi sebahagian daripada Webinar YTF kali ini, untuk sama-sama belajar lebih mendalam lagi mengenai sambutan Tahun Baru Cina di dalam dan juga luar negara.

Raja Muda juga merasakan bahawa sambutan Tahun Baru Cina tahun ini merupakan sambutan yang terbesar dan paling meriah sekali buat kaum Cina di Malaysia, dan juga di seluruh dunia.

Terdahulu itu Presiden UTAR, Ir. Prof. Dr. Ewe Hong Tat menyampaikan kata-kata aluan.

Webinar tersebut dimoderatorkan oleh Ahli Pemegang Amanah YTF, Tan Sri Datuk Seri Prof Dr. Ng Yen Yen.

Webinar tersebut dirasmikan penutupannya oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pengerusi YTF pada sebelah tengah harinya.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE