Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berkenan Sertai ‘Merdeka Ride’ Di Songkhla

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Raja Muda Perlis Berkenan Sertai ‘Merdeka Ride’ Di Songkhla

/ Archive MAIPs / Thursday, 01 September 2016 08:28

SONGKHLA, 01 September 2016 (KHAMIS) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyertai program ‘Merdeka Ride 2016’ bersama warga Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, petang semalam. Baginda yang diiringi 30 orang ketua jabatan persekutuan dan negeri di Perlis bersemangat menamatkan kayuhan sejauh 32 kilometer sambil mengibar Jalur Gemilang mengelilingi bandar dan pesisir pantai Songkhla walaupun hujan. 

Dalam kayuhan itu Tuanku Syed Faizuddin berkenan singgah dan meninjau beberapa pusat pentadbiran, perkampungan nelayan, OTOP (Satu Kampung Satu Produk) dan pesisir pantai wilayah Selatan Thai itu. 

Program julung kali itu bersempena Hari Kebangsaan anjuran Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Smart Reader Worldwide dan Kelab Berbasikal TTG Perlis yang disekalikan dengan program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ kali ke-53 2016.  

Dalam program itu baginda singgah menunaikan solat maghrib dan isyak di Masjid Asasul Islam yang berusia 176 tahun dan sebelum itu baginda menunaikan solat asar di Masjid Sulaiman Shah, kedua-duanya dalam wilayah Songkhla.Di kedua-dua masjid itu Tuanku Syed Faizuddin mengambil peluang menyampaikan sumbangan MAIPs, masing-masing sebanyak RM2,000 dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir.

Baginda juga melahirkan kepuasan terhadap tahap kebersihan dan keceriaan, penjagaan dan pemuliharaan bangunan berstatus warisan dan industri perikanan di kawasan pesisir pantai yang dilalui. Sebelum itu ketibaan baginda, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan rombongan dengan bas di Pejabat Konsulat di Sukhum Road Amphoe Muang disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia, Mohd Afandi Abu Bakar, Timbalan Gabenor Wilayah Songkhla, Ekkarat Leesen dan Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide, Datuk Seri Dr Richard Ong. 

Ketua Polis Perlis SAC Datuk Ab Rashid Ab Wahab, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor UiTM Perlis, Zialuddin Ariffin adalah antara ketua jabatan yang turut serta.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE