Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Seimbangkan Pengajian Al-Quran Dan Akademik Pelajar Tahfiz - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Seimbangkan Pengajian Al-Quran Dan Akademik Pelajar Tahfiz - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Tuesday, 30 August 2016 08:28

ARAU, 30 Ogos 2016 (SELASA) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pusat pengajian tahfiz perlu seimbangkan pengajian Al-Quran dan akademik pelajar. Baginda bertitah semua pusat tahfiz di negeri juga harus berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bagi memudahkan urusan pentabiran selain meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap aspek pengurusan pusat tahfiz berkenaan. 

"Penubuhan pusat tahfiz itu sudah tentu untuk memberi manfaat kepada para pelajar mendalami bidang hafazan al-Quran namun dalam masa yang sama pelajar juga harus didedahkan pengetahuan akademik yang seragam.

"Jika sukatan pengajian Al-Quran dan akademik dapat diseimbangkan, nescaya negeri ini mampu melahirkan generasi pemimpin atau ketua yang memiliki pengetahuan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang tahfiz," titah baginda.

Semasa bertitah merasmikan Program Titian Kasih Mega Khas Bersama Maahad-Maahad Tahfiz Seluruh Negeri Perlis 2016 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini semalam, baginda menyeru pengendali pusat tahfiz agar memilih tenaga pengajar yang bertauliah.

Jika ada tenaga pengajar yang tidak cukup ilmu mengajar tanpa pengawasan pihak atasan, ia mungkin menjadi faktor kerosakan generasi akan datang yang berpunca daripada teknik tidak betul pembelajaran al-Quran dan lain-lain bidang berkaitan agama, titah baginda.

Terdahulu, Raja Muda berkenan melancarkan buku tulisan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk "The Importance of Understanding Text and The Context of Hadith" terbitan MAIPs.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE