Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPS Komited Pastikan Tiada Asnaf Terabai Dalam Agihan Zakat - Raja Muda

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

MAIPS Komited Pastikan Tiada Asnaf Terabai Dalam Agihan Zakat - Raja Muda

/ Archive MAIPs / Friday, 25 March 2016 21:28

 

KANGAR, 25 Mac 2016 (Jumaat) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) komited memastikan tiada asnaf diabaikan di negeri ini melalui mekanisme pengurusan kutipan dan agihan zakat badan berkenaan. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, MAIPs sentiasat mempertingkat ciri pengurusannya agar lebih efektif termasuk mewujudkan kaedah penyampaian maklumat kutipan dan agihan zakat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), kepada pembayar dan penerima zakat.

 "Seharusnya, tiada asnaf yang terlepas pandang. Tiada alasan untuk ia berlaku kerana terdapat pelbagai mekanisme diwujudkan di setiap peringkat termasuk para amil, wakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan guru sekolah," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah ketika merasmikan Majlis Penyerahan Penyata Zakat Pendapatan Tahun 2015 dan penyampaian agihan bantuan pelajar mahasiswa mahasiswi Timur Tengah MAIPs 2016 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra di sini hari ini. Baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs sentiasa menyokong program kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan pelbagai organisasi dan syarikat swasta sama ada melalui medium kewangan, perdagangan atau perkhidmatan.

MAIPs benar-benar mahu dikenali sebagai 'rakan kongsi' yang berperanan membantu golongan berkenaan selain menjadi mediaum pelaksanaan program berimpak tinggi oleh pihak yang berniat menyumbang kepada masyarakat di negeri ini, titah baginda.

Pada masa yang sama, Tuanku Syed Faizuddin mahu semua pihak bekerjasama dalam berkongsi maklumat mengenai sebarang kes keciciran agihan sumbangan zakat kepada mana-mana asnaf yang layak. " Sebarang cadangan serta idea bernas oleh semua pihak amat dialu-alukan meliputi aspek pengagihan dan kutipan, proses mengenal pasti asnaf , cadangan penambahbaikan termasuk apa-apa aduan berkaitan MAIPs, " titah baginda. 

Sejumlah RM123.6 juta zakat diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini, sepanjang 2015, titah baginda. Selain itu, MAIPs juga meningkatkan jumlah pemberian bantuan kepada pelajar yang menyambung pengajian di Jordan melalui sumbangan Dermasiswa dari RM 6,000 setahun kepada RM 10,000 bagi menampung peningkatan kos sara hidup kesan daripada situasi eknomoi global, titah baginda. 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE