Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Yakin KUIPs Dapat Lahirkan Graduan Yang Berjaya

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Raja Muda Perlis Yakin KUIPs Dapat Lahirkan Graduan Yang Berjaya

/ Archive MAIPs / Tuesday, 11 August 2015 18:28

KANGAR, 11 Ogos 2015 (SELASA) -Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) mampu melahirkan graduan yang berjaya dan diterima dalam pasaran pekerjaan. Titah baginda matlamat melahirkan insan berkualiti dengan ilmu dunia dan untuk akhirat, kurikulum dan program pengajian di KUIPs setanding dengan universiti tersohor.

Baginda bertitah demikian pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri KUIPs di Dewan Kapitol Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, malam tadi.Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Ketibaan baginda berdua disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIPs, Prof Datuk Dr Hassan Said dan Rektor KUIPs, Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan dua anggota Exco Kerajaan Negeri, Khairi Hassan dan Jafperi Othman.

Baginda yang juga Canselor KUIPs, bertitah sebagai institusi pengajian tinggi yang baharu, KUIPs berhasrat menjadi institusi akademik berteraskan Islam yang menawarkan gabungan program pengajian Islam tradisional dan kontemporari.

KUIPs juga merancang menganjurkan bidang pengajian yang unik dan berbeza daripada program-program yang ditawarkan oleh universiti lain untuk memenuhi pasaran semasa, titah Tuanku Syed Faizuddin. Baginda berharap ibu bapa, pensyarah dan para pelajar bersama-sama memainkan peranan bagi menjayakan cita-cita menjadikan KUIPs kolej universiti yang berjaya.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE