Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Berusia Satu Abad Pada 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

MAIPs Berusia Satu Abad Pada 2020

/ Archive MAIPs / Sunday, 28 June 2015 18:28

KANGAR , 28 Jun 2015 (AHAD) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersyukur Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang akan berusia satu abad pada tahun 2020 telah memenuhi aspirasi masyarakat. 

"Hasrat penubuhan MAIPs digalas dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta memberi perkhidmatan terbaik dan memastikan pengurusan hal ehwal Islam ditadbir sebaiknya," titah Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs ketika mempengerusikan mesyuarat kali ketiga MAIPs bagi tahun 2015 di Dewan Kulliyah MAIPs di sini semalam.

Raja Perlis keempat Almarhum Tuanku Syed Alwi Syed Saffi Jamalullail menubuhkan Majlis Agama Islam Perlis pada 1920. MAIPs diwujudkan pada 1 Feb 1948 setelah Perlis menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Jan 1948.  

"Penubuhan MAIPs selari dengan perkenan Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail iaitu Raja Perlis ke-6 yang memperkenankan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis pada 1 Feb 1948.  

"Perlembagaan negeri Perlis yang diasaskan oleh almarhum melalui Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dianggap sebagai dokumen bertulis  buat julung kalinya bagi kerajaan Perlis," titah Tuanku Syed Faizuddin.  

Menurut baginda lagi semasa era pemerintahan Siam dan Inggeris, hal ehwal agama Islam Perlis ditadbir oleh Raja memerintah yang diangkat  sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.  

Sehubungan itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah supaya sejarah MAIPs diabadikan namun perancangan untuk masa depan yang lebih cemerlang  harus dilaksanakan mulai sekarang

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE