Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lestarikan Kerjasama Perlis-Phuket - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Lestarikan Kerjasama Perlis-Phuket - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Friday, 22 May 2015 18:28

KANGAR, 22 Mei 2015 (JUMAAT) - Agensi agama Islam di Perlis dan wilayah Phuket, Thailand disaran melestarikan kerjasama meliputi pelbagai bidang yang boleh mengeratkan hubungan kedua-dua pihak.  Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selain agama, kerjasama dalam bidang pendidikan, sukan dan perniagaan yang berkait rapat dengan kehidupan seharian, memberi implikasi baik terhadap generasi akan datang.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah merasmikan penutupan kursus kepimpinan yang disertai 36 Imam dan pegawai Masjid Majlis Agama Islam (MAI) wilayah Phuket di MAIPs di sini, hari ini. Baginda juga berkenan menyampaikan sijil tamat kursus kepada mereka. Program tiga hari itu, anjuran MAIPs, turut disertai pegawai-pegawai masjid dari Perlis.

Yang DiPertua MAI Phuket Abdul Malik Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin turut hadir pada majlisitu. Mengenai masjid, Tuanku Syed Faizuddin bertitah setiap masjid perlu mempunyai standard atau piawaian yang mencerminkan sifat sebenar umat Islam termasuk sebagai tempat ibadah yang sentiasa ingin dikunjungi.  

"Umat Islam sendiri memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat ini, antaranya mengimarahkan masjid melalui solat berjemaah pada setiap waktu. 

"Imam-imam hendaklah meningkatkan kualiti bacaan, hafalan al-Quran, kefasihan dan kelantangan menyampaikan khutbah yang diterima oleh masyarakat dan muazzin melaungkan azan dengan jelas," titah baginda.  Tuanku Syed Faizuddin bertitah selain melaksanakan aktiviti sesuai, relevan dan mesra orang kurang upaya, kebersihan dan keceriaan masjid hendaklah dijaga agar jemaah tertarik untuk sentiasa menunaikan ibadah di masjid.  

Baginda kemudian menghadiri program Hijrah Minda MAIPs edisi ke-13 di Masjid Al-Hidayah, Titi Beratap, Simpang Empat, dekat sini dan berkenan menyerahkan zakat agihan MAIPs kepada asnaf-asnaf terpilih di kawasan itu.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE