Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Saran Pelajar Agama Kuasai Bahasa Asing

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Raja Muda Perlis Saran Pelajar Agama Kuasai Bahasa Asing

/ Archive MAIPs / Wednesday, 29 April 2015 00:28

BANDA ACEH, 29 April 2015 (RABU) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyaran agar pelajar pengajian agama menguasai bahasa asing sebagai tambahan kepada mereka ke arah menjadi ulama yang berupaya berinteraksi dengan pelbagai kelompok manusia.  Menurut baginda, dalam zaman serba pantas dan penggunaan teknologi beraplikasi tinggi, mereka juga harus bijak menggunakan media sosial dalam menyampaikan ilmu termasuk menyelami pemikiran orang ramai.

"Pelajar pasti mempunyai matlamat dan mungkin berazam menjadi ulama serta mengembangkan ilmu yang dimiliki. Saya harap pelajar dapat mengasilimisasikan nilai-nilai ke arah itu agar mereka tidak menjadi ulama jumud," titah baginda.   Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah pada majlis 'Tautan Ukhuwah Bersama Pelajar Malaysia' di Aceh di sini malam tadi sempena lawatan kerja tiga hari baginda ke Aceh yang berakhir hari ini.  

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 pelajar, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan tazkirah mengenai nilai yang perlu ada pada umat Islam sementara Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin memberi motivasi kepada pelajar.  Tuanku Syed Faizuddin bertitah pelajar agama sebagai pewaris ulama juga perlu bijak menyelesaikan hal-hal keagamaan membabitkan rakyat supaya umat Islam terus bersatu.  

Sebelum itu baginda beserta anggota jawatankuasa MAIPs bersama pihak pengurusan Universitas Ubudiyah meyertai program berbasikal di beberapa buah kampung di sekitar Banda Aceh.  Baginda turut menyampaikan bantuan kepada rumah anak-anak yatim, masjid dan taman asuhan kanak-kanak.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE