Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kolej Komuniti Arau Dan Pusat Biotek TPM Hasilkan Sos 'Aroi'

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Kolej Komuniti Arau Dan Pusat Biotek TPM Hasilkan Sos 'Aroi'

/ Archive MAIPs / Friday, 17 April 2015 00:28

ARAU, 17 April 2015 (Jumaat)  - Sos mi sizzling dikenali sebagai 'Aroi' yang dihasilkan melalui kolaborasi Kolej Komuniti Arau Perlis (KKAP) dan Pusat Biotek Technology Park Malaysia (TPM) akan diedarkan di pasar raya di seluruh negara.  Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Malaysia Datuk Amir Md Noor, Pasaraya Mydin telah menyatakan minat untuk memasarkan Aroi di semua rangkaian pasar rayanya. 

"Sos mi sizzling, Aroi yang bermakna sedap akan menjadi produk kebanggaan negeri Perlis," katanya pada sidang media di KKAP di sini.  Beliau ditemui sempena program 'Semarak Dakwah Ehya Masjid' anjuran KKAP dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perlis di Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambun Tulang, di sini malam tadi.

Katanya penghasilan produk itu adalah antara tanggungjawab sosial Kolej Komuniti membantu meningkatkan ekonomi masyarakat selain pendidikan. Amir berkata Kolej Komuniti juga tidak meminggirkan golongan asnaf di Perlis kerana bekerjasama rapat dengan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) menganjurkan program inkubator pemprosesan produk hasilan ikan.  

"Program inkubator itu merupakan cetusan idea Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Projek ini berdaya maju dan bakal memberi kesan positif dalam menjana pendapatan peserta," katanya.  Beliau berkata asnaf terpilih dari Perlis telah mengikuti kursus pembuatan keropok lekor secara intensif selama dua bulan serta didedahkan dengan kaedah pembungkusan serta perniagaan.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE