Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Nasihat Umat Islam Guna Saluran Betul Selesai Perselisihan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Raja Muda Perlis Nasihat Umat Islam Guna Saluran Betul Selesai Perselisihan

/ Archive MAIPs / Friday, 10 April 2015 00:27

SATUN (Selatan Thai), 10 April (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah umat Islam hendaklah menggunakan saluran yang betul dalam menyalurkan pandangan bagi menyelesaikan perselisihan pendapat.

Menurut baginda tindakan itu hendaklah ditangani dengan baik dan cepat termasuk memelihara sensitiviti setiap orang supaya anasir jahat yang sentiasa mengintai peluang untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam dapat dikekang dan tidak berpeluang bertapak.

"Beta ingin menasihatkan segala usaha baik yang dipandang tinggi oleh Islam dan masyarakat lain diteruskan, agar kita terus menjadi contoh kepada semua pihak termasuk rakan yang bukan beragama Islam," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah sempena perjumpaan 'Ukhuwwah Islamiah' dengan lebih 200 imam dan bilal masjid Wilayah Satun anjuran Majlis Agama Islam (MAI) Wilayah Satun di Kompleks Islam Satun di sini, Jumaat.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua ke majlis itu disambut Gabenor Wilayah Satun, Dejrath Simsiri, Yang Dipertua MAI Satun, Harun Anucai dan bekas Timbalan Ketua Polis Wilayah 9 Thailand, Datuk Pichate Pitisatepan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Abdul Malik Hussin, Ketua Hakim Syarie Perlis, Saarani Ismail dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Mohd Sokri Husin mengiringi baginda pada majlis itu.

"Umat Islam harus menjadi 'rahmatan lil alamin' (yakni rahmat kepada seluruh alam) seperti mana perutusan Rasulullah SAW yang membawa risalah Islam.

"Tuan-tuan imam sebagai pemimpin masyarakat setempat hendaklah sentiasa mengutamakan perpaduan dan keamanan sesama Muslim dan dengan masyarakat lain," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Menurut baginda sebagai golongan minoriti di Thailand, penganut Islam Thailand hendaklah saling menghormati resam dan budaya masyarakat negara itu agar dapat terus menikmasi kemakmuran yang ada bersama-sama.

Sebelum perjumpaan itu berlangsung mesyuarat penyelarasan gerak kerja bertindak antara agensi Agama Islam Perlis dengan MAI Wilayah Satun hasil resolusi seminar 'Ummatan Wahidan' antara MAIPs dan MAI Wilayah Satun di Krabi bulan lepas.

Terdapat 240 masjid di Wilayah Satun iaitu 75 peratus daripada lebih 330,000 penduduknya beragama Islam.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE