Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis titah rakyat supaya aktif di dalam bidang sukan

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis titah rakyat supaya aktif di dalam bidang sukan

Raja Muda Perlis titah rakyat supaya aktif di dalam bidang sukan

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 08 March 2021 14:08

Ini adalah kerana sukan merupakan aktiviti fizikal yang mampu meningkatkan lagi tahap kesihatan dan kecergasan diri, bersosial dan berseronok dengan cara yang sihat, meningkatkan kualiti hidup serta astetik tubuh badan.

Mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dengan mempamerkan prestasi yang terbaik juga boleh dijadikan sebagai kerjaya profesional seseorang.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat singgah di Lapangsasar Persatuan Menembak Perlis (PMP) di Sg Batu Pahat Perlis.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Kapten persatuan tersebut, Idrus Wan Bin.

 

 

 

Menurut Idrus, keahlian Persatuan Menembak Perlis yang ditubuhkan pada 1985 dibuka kepada umum untuk pendaftaran sebagai ahli sekutu pada kadar RM150 dan pembaharuan keahlian sebanyak RM50 setiap tahun. Buat masa ini terdapat sekitar 70 orang ahli yang aktif. Kebanyakan ahli kelab tersebut menembak menggunakan ‘shotgun’.

Tambah beliau, sebelum ini, lesen senjata api boleh digunakan untuk membantu mereka yang tidak mempunyai senjata api menjaga kebun tanaman dan sebagainya. Namun, atas faktor keselamatan terdapat semakan semula kebenaran tersebut.

Sebelum itu baginda turut berkenan meluangkan masa meninjau persiapan atlet menembak SUKMA negeri Perlis yang sedang berlangsung di Kompleks Sukan Menembak MSN yang terletak di tapak bersebelahan dan disambut oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri, Anuar Abidin.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE