Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pendidikan Berteraskan Tauhid Konsep Terbaik - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Pendidikan Berteraskan Tauhid Konsep Terbaik - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Saturday, 17 January 2015 00:27

KANGAR, 17 Jan (Bernama) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pendidikan terbaik berteraskan 'tauhid' dapat membentuk peribadi insan luhur agar wujud keharmonian antara ilmu, jiwa dan amal soleh.Menurut baginda guru sebagai pendidik perlu bijak mendidik selain mengasah kecerdasan minda pelajar menjadi insan luhur yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

"Dalam erti kata lain, tugas guru melangkaui pembangunan intelektual tanpa menyisihkan aspek kerohanian agar dapat membentuk peribadi pelajar sehingga tahap kamil selain budi pekerti yang luhur," tegas Syed Faizuddin.Baginda bertitah merasmikan majlis Apresiasi Kecemerlangan KAFA (Kelas Agama dan Fardhu Ain) negeri Perlis 2014 di Dewan Warisan Kangar di sini, hari ini.Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir.Syed Faizuddin yang juga Yang di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah mengingatkan agar integriti atau 'kewibawaan', kejujuran serta prinsip moral yang tinggi dijadikan pegangan."Integriti adalah pembawaan dari segi peribadi, akhlak, tutur kata dan sopan santun yang perlu ada dalam diri pendidik selain pelajar."Beta mahu integriti sentiasa dibaja dan disuburkan dalam jiwa seseorang pendidik kerana tugas guru dipandang tinggi oleh masyarakat bukan sekadar sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial dan pencorak minda malah sebagai agen perubahan komuniti," titah baginda.Pada majlis itu, Syed Faizuddin berkenan menerima sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM300,000 disampaikan oleh Jamil Khir kepada MAIPs untuk mangsa banjir di Perlis baru-baru ini.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE