Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs :Berbasikal Kaedah Terbaik Promosi Produk

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

MAIPs :Berbasikal Kaedah Terbaik Promosi Produk

/ Archive MAIPs / Friday, 24 October 2014 00:27

KANGAR 24 Okt(Jumaat). - Aktiviti berbasikal boleh menjadi antara kaedah terbaik dalam usaha mempromosikan sesuatu produk atau sektor pelancongan negara.Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selain menyihatkan badan, berbasikal berupaya menggalakkan rakyat menyemai budaya sentiasa cergas ketika menjalankan apa sahaja aktiviti atau rutin harian. Sambil mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Utusan berikutan pelancaran wajah baharu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Utusan Online dan Tutor, baginda bertitah, aktiviti berbasikal memberi impak besar kepada masyarakat dan alam sekitar dalam melaksanakan pelbagai perancangan demi manfaat manusia sejagat.

“Sebagai contoh, langkah Utusan Malaysia menjadikan aktiviti berbasikal sebagai wadah untuk mempromosikan wajah baharu produknya merupakan idea yang bagus dan tindakan berani,” titah baginda.Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berkenan melepaskan peserta Kayuhan 1Media 1Malaysia sejauh 13 kilometer bermula dari Muzium Kota Kayang hingga ke Kuala Perlis sambil mengedarkan akhbar berwajah baharu Utusan Malaysia semalam.Baginda juga berkenan berbasikal bersama-sama Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, peserta-peserta Kayuhan 1Media 1Malaysia, kelab basikal tempatan Tayar Golek serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs kemudian menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan dapur kepada golongan asnaf iaitu Awang Hashim, 69, dan Salmah Pa, 52, di Kampung Seberang Tanjung, Kuala Perlis.Seramai 15 peserta terlibat dalam Kayuhan 1Media 1Malaysia yang menjelajah Semenanjung Malaysia bermula dari Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di Kuala Lumpur sejak 18 Oktober lalu dan kini telah berbasikal melebihi 500 kilometer untuk sampai ke Perlis sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Timur.Selain memperkenalkan wajah baharu akhbar tersebut dan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, program anjuran Kelab Rekreasi Utusan Melayu (KRUM) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi 1Media (KKR1M) itu membawa mesej ‘Selamatkan Gaza’ dan keadilan buat MH370 dan MH17.Antara yang tampil menaja program tersebut adalah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Permodalan Nasional Berhad (PNB), High5, Kelab Putra 1Malaysia, Nikon dan Proton.Tuanku Syed Faizuddin bertitah, walaupun tidak mudah untuk berbasikal dalam jarak jauh, para peserta telah membuktikan bahawa berbekalkan semangat dan kerjasama sesama sendiri terutama dalam menghadapi cabaran telah menghasilkan kejayaan.“Banyak impaknya berbasikal dalam kehidupan seharian, ia merupakan aktiviti yang boleh diceburi semua peringkat, malah memberi kesan cukup baik kepada alam sekitar kerana tidak ada pencemaran,” titah baginda.Sehubungan itu, titah baginda, pihak berkenaan atau agensi pelancongan perlu memberi fokus kepada aktiviti berbasikal sebagai salah satu daya tarikan untuk memperkenalkan destinasi pelancongan termasuk di Perlis.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE