Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Umat Islam wajar beramal berteraskan semangat Ramadan - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Umat Islam wajar beramal berteraskan semangat Ramadan - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Wednesday, 06 August 2014 00:27

KANGAR , 6 Ogos 2014 - Umat Islam harus menjadikan semangat dalam bulan Ramadan sebagai momentum untuk mereka meningkatkan ibadah selain menyuburkan nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, umat Islam hendaklah berterusan melatih memperkukuhkan sifat sabar, merendah diri, bersyukur, memelihara tutur kata dan tingkah laku, murah hati dan menginsafi diri.

Baginda bertitah demikian sempena program kayuhan berbasikal 'Jejak Asnaf MAIPs' (Majlis Agama Islam Perlis) Ke-54 bagi tahun 2014 di Masjid Jannatul Naim di Sungai Paya, Beseri, dekat sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Husin; Pengurus Baitulmal MAIPs, Mohd. Nazim Noor dan anggota jawatankuasa serta anak kariah masjid berkenaan.

Turut hadir Panglima Briged Ke-30 Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berpangkalan di Kem Oran, Beseri, Brigedier Jeneral Hasagaya Abdullah; Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron dan ketua-ketua jabatan Persekutuan serta negeri.

Dalam program itu Tuanku Syed Faizuddin yang disertai 30 peserta berkayuh sejauh 15 kilometer di sekitar Kampung Datuk Syeikh dan Kampung Penghulu Jaafar, berkenan singgah di tiga rumah penduduk kampung berkenaan.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, masjid yang sentiasa penuh pada waktu solat pada bulan Ramadan saban tahun hendaklah terus diimarahkan dengan pelbagai aktiviti sihat termasuk majlis ilmu ke arah membersihkan fikiran dan mensucikan hati.

Pada masa sama baginda berharap, semua masjid di Perlis memastikan garis panduan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Jabatan Mufti Negeri atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dipatuhi.

Di akhir program itu Tuanku Syed Faizuddin dipersembahkan oleh atlet angkat berat negara dari Perlis ke Sukan Komanwel Glasgow, Mohd. Faiz Musa yang bertugas di Universiti Malaysia Perlis dan juga anak kariah masjid tersebut dengan cenderamata kenangan istimewa yang dibawa dari Glasgow.

Sumber Daripada Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE