MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR, 24 Julai 2014 -Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) membantu saudara baharu untuk mendapat kad pengenalan yang tertera status Islam.
Baginda bertitah perkara ini amat penting bagi menjamin mereka yang baru memeluk Islam tidak menghadapi masalah terutama jika berlaku kematian dan pengurusan jenazah.
"Saya meminta JAIPs memulakan inisiatif baharu ini secara lebih proaktif dan efektif bagi membantu saudara baharu," titah baginda semasa menutup Program Merakyatkan Seni Budaya: Semarak Ramadan anjuran Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perlis di sini pada Khamis.
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, Khairi Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Romli Dai.
Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs berharap usaha itu mendapat kerjasama Pejabat Pendaftaran Negara cawangan Perlis.
Syed Faizuddin bertitah saudara baharu akan terasa lebih selamat apabila memiliki kad pengenalan yang mengesahkan identiti agama mereka yang baharu.
Di majlis itu saudara-saudara baharu menerima sumbangan Aidilfitri daripada baginda berdua.
Sumber daripada BERNAMA