Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 60 :
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
Contoh Pengiraan
Mula mengusaha sawah | 1 Muharam 1414 |
Hasil diperolehi | 19 Rejab 1414 |
Jumlah hari | 195 hari |
Hasil perolehan padi bersih | |
(Tidak termasuk subsidi) | RM ……………… |
TOLAK Kos mengusaha sawah ( Kos Pengeluaran) |
|
Sewa Tanah (jika sewa) | RM ……………… |
Membajak dan menanam (jika diupah/dibayar) | RM ……………… |
Harga baja (jika dibeli) | RM ……………… |
Racun serangga (jika dibeli) | RM ……………… |
Upah manusia | RM ……………… |
Upah pengangkutan | RM ……………… |
TOLAK (Kos keperluan asasi) |
|
Diri : RM 5,000.00 bahagi 354x 195 hari | RM ……………… |
Isteri : RM3,000.00 bahagi 354x195 hari | RM ……………… |
Anak : RM 1,200.00 bahagi 354 x 195 hari | RM ……………… |
Pemberian kepada ibubapa(Jumlah yang sebenar jika diberi) | RM ……………… |
Perubatan (Perbelanjaan sebenar) | RM ……………… |
Hutang Dharurat | RM ……………… |
Kediaman | RM ……………… |
Kenderaan | RM ……………… |
JUMLAH |
RM ……………… |
Jika baki melebihi nisab RM 542.69,hendaklah di darab dengan 5% |
|
Contoh | |
MUSIM MENUAI | |
1 Muharam 1414 _____________ 19 Rejab 1414 | |
(20 + 30 + 29 + 30 + 29 – 29 +19 = 195 hari) | |
Perkiraan berdasarkan perolehan padi dengan keluasan 10 relung | |
Hasil diperolehi | RM 10,000.00 |
Tolak | |
(Kos mengusaha sawah) | |
Tanah (sendiri/sewa) | |
Membajak dan menanam | RM1,250.00 |
Harga baja | RM6.00 |
Racun serangga | RM70.00 |
Upah menuai | RM650.00 |
Upah pengangkutan | RM200.00 |
JUMLAH | RM 2,176.00 |
TOLAK | |
Diri RM 14.12 x 195 hari | RM 2,754.00 |
Isteri RM 8.4 x 195 hari | RM 1,652.00 |
Anak RM 3.38 x195 hari | RM 1,318.00 |
Perubatan | RM 140.00 |
Ibubapa | RM 300.00 |
Hutang Dharurat | |
(Kenderaan dan rumah) | RM 200.00 RM 6,364.20 |
* Nilai RM 1,459.00 melebihi Nisab RM 542.69 | |
* Jumlah perlu bayar zakat = RM 1,459.80 x 5% = RM 72.99 | RM 1,459.80 |
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali ke-14/2014 yang bersidang pada 4-5 Mei 2014 telah bersetuju untuk mengekalkan keputusan fatwa yang telah mentarjihkan pandangan Imam Abu Hanifah RA. Risalah “Panduan Mengeluarkan Zakat’ oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Cetakan keenam 1997 yang diterbitkan oleh MAIPs telah dinyatakan seperti berikut :
“Zakat Pertanian ialah zakat hasil tanaman yang diusahakan oleh manusia di atas tanah milik sendiri, sewa atau sebagainya, samada berbentuk biji-bijian dan buah-buahan tertentu sahaja atau dalam sebarang bentuk lain yang diusahakan oleh mereka.
Jenis-jenis hasil pertanian yang diwajibkan zakat ke atasnya :