Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

WARGA MAIPs MENU

Sila klik pada butang 'log masuk' di menu utama untuk paparan menu warga MAIPs.
ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Projek Pembangunan Wakaf MAIPs - Perkhidmatan Hemodialisis

Projek Pembangunan Wakaf MAIPs - Perkhidmatan Hemodialisis

Image
Image

Projek Pembangunan Wakaf MAIPs - Perkhidmatan Hemodialisis

Hospital Tuanku Fauziah (HTF), PERLIS

Image

Mengenai myWAKAF

  • - Bank Negara Malaysia(BNM)di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan 2011-2020 menggariskan keperluan rangkuman kewangan (financial inclusion)untuk memperkasakan ekonomi masyarakat.

  • - Wakaf yang berada dalam bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri(MAIN)adalah satu instrumen penting bagi rangkuman kewangan dan pertumbuhan ekonomi negara.Bagi memaksimumkan potensinya,wakaf perlu diurus dengan cekap dan profesional.

  • - 6 Ahli Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia(AIBIM)iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad,Bank Islam Malaysia Berhad,Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Maybank Islamic Berhad,Affin Islamic Bank Berhad dan RHB Islamic Malaysia Berhad telah bekerjasama melancarkan inisiatif
    "myWakaf" dalam membangunkan potensi wakaf dan memperkasa ekonomi ummah di Malaysia.

  • - myWakaf merupakan instrumen ekonomi inklusif yang berasaskan nilai filantropi dalam menjayakan objektifnya iaitu memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka menerima perkhidmatan dan bantuan yang berkualiti dalam memenuhi keperluan mereka demi kemakmuran bersama.

Sektor myWAKAF

Objektif myWAKAF

  • - Menjalinkan sinergi di antara MAIN dan bank-bank Islam untuk mewujudkan projek wakaf yang dinamik dan progresif.
  • - Mempertingkatkan ketelusan,akauntabiliti dan kawal selia berkesan ke atas hal-hal kewangan dana wakaf,
  • - Memaksimumkan pembangunan wakaf dan saluran perbankan yang inovatif dan efektif.

Kenapa Kami Berbeza

  • - Ketelusan melalui laporan semasa dan kemas kini.
  • - Tadbir urus korporat dan budaya pematuhan Syariah.
  • - Semak dan imbang melalui Jawatankuasa Pengurusan Bersama antara MAIN dan bank-bank Islam.
  • - Mudah dan selesa melalui pelbagai saluran perbankan.
  • - Jenama perbankan Islam yang dipercayai dengan kepakaran pelaburan dan pengalaman dalam sektor wakaf.

Info myWAKAF MAIPs

Pusat Hemodialisis wakaf di Perils akan diurus dan ditadbir secara profesional dan ditadbir oleh Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar Perlis. Setelah siap dibangunkan ia akan memberi manfaat kepada beribu-ribu pesakit kronik buah pinggang.

Projek ini merupakan mercu tanda Islam dalam sektor penjagaan kesihatan yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis terutama di kalangan kelompok yang kurang berkemampuan termasuklah masyarakat bukan Islam.

Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Hemodialisis HTF telah memulakan kerja-kerja pembinaannya pada 3 April 2018 dan dijangka selesai pada 2 Oktober 2019. Pusat ini merupakan bangunan 2 tingkat dengan keluasan lantai 1,822 m2 yang mempunyai kapasiti 66 katil. Pusat ini akan menjadi pusat hemodialisis terbesar di Perlis.

Impak daripada myWAKAF MAIPs

1. Memberi keutamaan kepada pesakit buah pinggang kronik di kalangan kelompok yang kurang berkemampuan termasuklah masyarakat bukan Islam.

2. Pesakit akan mendapat rawatan hemodialisis pada masa yang tepat dan kerap melalui kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti.

3. Membolehkan lebih ramai pesakit mendapatkan rawatan melalui pembantu dan pegawai perubatan yang terlatih.

Wakaf Sekarang

Bangunan Wakaf MAIPs - Perkhidmatan Hemodialisis HTF, Kangar, Perlis.

 

- Kos Projek: RM 6.0 Juta

- Kutipan pada 31 Disember 2018: RM 1,238,497.95

- Peratus Kutipan: 20.6 %

Image

No.Akaun : 090 100 100 639 83

Image

BILLER CODE : 51672 (Wakaf MAIPs)

Ref-1 * No Kad Pengenalan
Ref-2 * No. Telefon

 

Image

Kaunter Wakaf MAIPs

Image
Image

Langkah 1 : 

Muat turun applikasi SNapNPay di PlayStore (Android) atau App Store (Apple)

 

Langkah 2 :

Pilih i-Sedekah 

 

Langkah 3 : 

Cara Pembayaran:

  •  a. Imbas imej QR
     b. Klik pada pautan yang dipaparkan dan pilih/atau masukkan amaun sumbangan (iOS)   atau pilih amaun sumbangan ( Android)  
  •  c. Ikuti langkah yang dipaparkan dan selesai.



Please publish modules in offcanvas position.