Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

WARGA MAIPs MENU

Sila klik pada butang 'log masuk' di menu utama untuk paparan menu warga MAIPs.
ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

This image for Image Layouts addon

Agihan
Skim Bantuan Zakat

Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 60 :  

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".    

SKIM BANTUAN ZAKAT

1. Skim Agihan Sara Hidup
i. Objektif

            Membantu golongan fakir, miskin dan muallaf dalam bentuk kewangan bagi meringankan bebanan kewangan mereka.

ii. Asnaf

            Fakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syaratPemohon memenuhi syarat-syarat umum dan berhadapan situasi seperti berikut:

  1. Tergolong dalam asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang menghadapi  masalah kekurangan belanja untuk saraan hidup.
  2. Terputus bekalan kewangan untuk makanan, pakaian, atau perlindungan (rumah).
  3. Anak yatim yang kehilangan tempat bergantung.

           

iv. Kaedah Pelaksanaan
  1. Jika tinggal bersama anak lelaki atau perempuan, permohonan adalah di atas nama pemohon tetapi penentuan asnaf berdasarkan kepada pendapatan anak lelaki atau waris.
  2. Jika menumpang di rumah bukan waris pemohon, Agihan diberi kepada pemohon.
  3. Bagi lelaki yang berpoligami, permohonan hendaklah dibuat atas nama suami dan Agihan disalurkan kepada isteri/isteri-isteri yang layak.
v. Bentuk Agihan

Agihan wang (tunai/cek)

Please publish modules in offcanvas position.