MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 60 :
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
DALIL-DALIL KEWAJIPAN ZAKAT
Berikut dinyatakan beberapa keterangan nas dari Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ yang menjadi sandaran kewajipan syariat zakat.
AL-QURAN :
وأقيموا الصلاة وءاتوا الزكاة
Dan dirikan solat dan tunaikan zakat
SUNNAH :
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
بنى الاسلام على خمس: شهادة أن لااله الا الله, وأن محمدا رسول الله, واقام الصلاة,
وايتاء الزكاة , وحج البيت, وصوم رمضان.
Daripada Abdullah Bin Umar RA berkata : Telah bersabda Baginda Rasulullah SAW: Dibina Islam itu atas lima dasar: Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, dan mengerjakan solat, dan menunaikan zakat, dan menunaikan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan.
IJMA’
Telah berlaku ijma’ (kesepakatan pendapat) antara seluruh umat Islam yang terdiri dari kalangan para sahabat RA dan Ulamak-ulamak Islam terhadap kefardhuan zakat. Barangsiapa yang mengingkari akan kewajipan menunaikannya maka jatuhlah dia ke dalam kekufuran dan murtad.
BIL |
CONTOH PENAKSIRAN |
|
1. |
Barang- barang stok |
RM 25,000.00 |
2. |
Wang Tunai |
RM 1,500.00 |
3. |
Wang dalam Bank |
RM 10,000.00 |
4. |
Hutang yang dijamin pembayaran balik |
RM 1,500.00 |
5. |
Belanja |
RM 2,000.00 |
|
JUMLAH |
RM 40,000.00 |
PENGIRAAN ZAKAT PERTUBUHAN
PELADANG KAWASAN PAYA 2009
CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN
PELABURAN - RM 164,047.00
ASET SEMASA
1. Stok - RM 28,003.00
2. Penghutang Perniagaan - RM 229,961.00
3. Penghutang Pelbagai - RM 849,488.00
4. Pinjaman Tanpa Cagaran - RM 273,402.00
5. Deposit Tetap - RM 1,040,484.00
6. Wang Tunai Di Bank & Tangan - RM 314,903.00
JUMLAH - RM 2,900,288.00
TOLAK
LIABILITI SEMASA
1. Pemiutang Perdagangan - RM 39,622.00
2. Pemiutang Pelbagai - RM 685,701.00
3. Pinjaman Jangka Pendek - RM 50,000.00
4. Deposit Ahli - RM 212,086.00
5. Yayasan Pelajaran Peladang - RM 2000.00
6. Tabung Pembangunan Peladang - RM 185,400.00
7. Peruntukan-peruntukan - RM 32.00
8. Skim Pelaburan Khas Peladang - RM 8,000.00
JUMLAH RM 1,182,841.00
PELABURAN + ASET SEMASA – LIABILITI SEMASA - RM 1,717,447.00
KADAR ZAKAT : 1,717,447.00 x 0.9999 x 2.5% = RM 42,931.89
JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR : RM 42,931.89