MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 60 :
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
FATWA ZAKAT EMAS PERHIASAN
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara untuk mengekalkan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang telah bersidang pada 11 Mei 1988 seperti berikut:
SYARAT :
Emas dan perak wajib dikeluarkan zakat bilamana cukup syarat-syaratnya. Jika emas dan perak itu dijadikan barangan perhiasan (barang kemas) oleh wanita-wanita dan tidak melebihi 25 mayam atau 85 gram, maka tidaklah dikenakan zakat ke atasnya.
KAEDAH PENGIRAAN
Nisab Zakat Emas : Jumlah minima diwajibkan zakat ialah seberat 20 misqal bersamaan dengan 85 gram atau 25 mayam 2.7108 saga.
Nisab Zakat Perak : Jumlah minima yang diwajibkan zakat ialah 200 dirham bersamaan dengan 594 gram atau 176 mayam 6.9732 saga.
Kadar Zakat Emas dan Perak : Kadar yang dibenarkan ke atas zakat emas dan perak ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada jumlah semuanya.