Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Manfaatkan Teknologi Maklumat Untuk Diri Sendiri Dan Negara – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Manfaatkan Teknologi Maklumat Untuk Diri Sendiri Dan Negara – Raja Muda Perlis

Manfaatkan Teknologi Maklumat Untuk Diri Sendiri Dan Negara – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Jun 2020 11:33

Kangar, 29 Mei 2020 - PERKEMBANGAN terhadap teknologi maklumat mempunyai pelbagai cabaran tanpa mengira agama, budaya dan kaum dalam sesebuah masyarakat.

Oleh itu, masyarakat haruslah menggunakan teknologi komunikasi maklumat sebaik mungkin agar memanfaatkan diri sendiri, keluarga, negeri dan negara dan tidak sebaliknya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah meninjau kediaman mangsa ribut Noradila Ahmad di Kg Sg Berembang, Kuala Perlis pada petang semalam.

Mengiringi baginda ialah Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Hadir sama, Nurulhisham Yaakob, ADUN Simpang Empat yang juga AMMK Pertanian dan Asas Tani; Perusahaan Perladangan dan Komoditi; dan Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam serta Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew.

Baginda menambah bahawa kepada golongan remaja khususnya para pelajar baik peringkat sekolah mahupun IPT pula, penggunaan internet perlulah dikawal dengan sebaik mungkin dan perlu menepati waktu yang diperuntukkan supaya masing-masing mempunyai lebih masa untuk belajar, bersama rakan-rakan dan keluarga, beribadah dan juga beriadah. Ini dapat mengelakkan seseorang itu daripada menjadi seorang yang terlalu leka dan antisosial.

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, para pengguna teknologi maklumat juga perlulah bijak menggunakan internet dan tidak mengabaikan aktiviti harian masing-masing. Ini kerana keasyikan menggunakan media sosial boleh mengakibatkan seseorang itu tidak dapat menguruskan masa dengan efisien dan sentiasa mengantuk dan seterusnya akan menjejaskan prestasi dalam apa saja bidang yang diceburi.

Baginda juga amat bimbang dengan keadaan semasa yang mana para pelajar sekolah terpaksa bergantung kepada pembelajaran atas talian akibat penularan wabak Covid-19. Ini adalah kerana tidak semua pelajar di negeri ini mempunyai kemudahan serta akses teknologi maklumat dan penyelesaian terbaik haruslah dicari secepat mungkin oleh semua pihak-pihak berwajib supaya rakyat negeri ini tidak akan ketinggalan.

Sempena kunjungan tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra menyaksikan penyerahan kit MAIPs Peduli oleh Mohd Nazim dan keperluan dapur daripada Pertubuhan Perlis Volunteer Action Community (PVAC) daripada Effendey Harun.

~Sumber daripada Suara Merdeka~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE