Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ePerlis.my, MAIPs Jalin Kerjasama Kutipan Fitrah Memudahkan Pembayar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
ePerlis.my, MAIPs Jalin Kerjasama Kutipan Fitrah Memudahkan Pembayar

ePerlis.my, MAIPs Jalin Kerjasama Kutipan Fitrah Memudahkan Pembayar

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 27 Mei 2020 08:55

Arau, 23 Mei 2020 - ePerlis.my dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjalinkan kerjasama kutipan zakat fitrah secara dalam talian bertujuan untuk memudahkan lagi para pembayar menunaikan kewajipan berkenaan di saat-saat akhir Ramadan.

Menyedari kekangan yang dihadapi oleh umat Islam dalam menyempurnakan tanggungjawab menunaikan zakat fitrah pada kali ini ekoran penularan pandemik wabak Covid-19 yang dihadapi di seluruh dunia, maka kerjasama ini dilihat signifikan

Berangkat menghadiri sesi taklimat dan seterusnya berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran kerjasama berkenaan di Galeri DiRaja Arau pagi tadi ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Al-Habshee.

Turut berangkat ialah Penaung ePerlis.my, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Menurut Mohd Nazim, kerjasama ini adalah sebagai tambahan kepada perkhidmatan atas talian sedia ada MAIPs mengambil kira segala potensi dan kompetensi ePerlis.my yang baru sahaja diwujudkan dan turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain untuk rakyat Perlis seperti perniagaan makanan bagi membantu perniagaan kecil dan sederhana mendapat akses kepada servis penghantaran tanpa sentuh dan bayaran tanpa tunai berikutan pandemik berkenaan.

Untuk rekod, ePerlis.my merupakan platform yang diwujudkan bertujuan untuk mendigitalisasikan pelbagai sektor di Perlis dengan memberikan kemudahan kepada masyarakat dalam mendapatkan servis dan produk melalui transaksi bayaran tanpa tunai.

ePerlis.my juga sedang mengusahakan pelbagai perancangan tambahan untuk melaksanakan perkhidmatan bayaran berasakan negeri dan platform e-pembelajaran bagi memudahkan perusahaan kecil dan sederhana menyesuaikan diri dalam normal baharu penggunaan peralatan digital bagi menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Perlis mewujudkan persekitaran perkhidmatan ‘Kerajaan Digital’ (Digital Government).

Masyarakat yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan zakat fitrah mereka melalui platform ePerlis.my amat dialu-alukan dan bolehlah melayari laman portal di pautan https://eperlis.my/donate/zakat-fitrah/

~Sumber Suara Merdeka~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE