Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerajaan Perlis agih sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kerajaan Perlis agih sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan

Kerajaan Perlis agih sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 23 Mei 2020 16:15

ARAU, 19 Mei  -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menyampaikan sumbangan kuih raya, kepada anggota keselamatan dan petugas di sempadan bagi menghargai pengorbanan mereka bertugas, bagi memastikan keselamatan negara.

Dalam majlis yang berlangsung di Galeri Diraja Istana Arau di sini, Baginda telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Panglima 30 Briged Infantri Brig. Jen. Hassan Embong dan Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.

Selain itu, sebanyak 14 lagi agensi keselamatan lain turut menerima sumbangan kuih raya antaranya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Kesihatan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Turut hadir, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Perlis Azman Mohd Yusof.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE