Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Salur Peruntukan RM130,000 Kepada 11 Rumah Kebajikan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Salur Peruntukan RM130,000 Kepada 11 Rumah Kebajikan

MAIPs Salur Peruntukan RM130,000 Kepada 11 Rumah Kebajikan

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 05 Mei 2020 08:08

ARAU, 5 Mei 2020 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) salur peruntukan RM130,000 kepada 11 rumah kebajikan termasuk anak-anak yatim dan warga emas serta pusat jagaan anak-anak asnaf seluruh Perlis bagi membantu menyokong keperluan pusat kebajikan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata peruntukan berkenaan diagihkan bagi mengurus tadbir pelaksanaan aktiviti di rumah kebajikan tersebut khususnya berkaitan dengan program pembelajaran.

“Kami percaya perlu ada keseimbangan antara pembangunan fizikal dan pembangunan kerohanian dan ia berguna kepada penghuni untuk menempuh cabaran kehidupan selepas keluar dari rumah kebajikan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas pelancaran Majlis Simbolik Sumbangan Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan Rumah Anak Yatim dan Kebajikan Perlis oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs di Galeri Istana Arau di sini, hari ini.

Katanya, MAIPs turut menghantar guru-guru agama dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam dan Jabatan Mufti Perlis bagi tujuan pengajaran agama di pusat-pusat kebajikan di negeri ini.

~Sumber BERNAMA~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE