MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR, 1 Mei 2020 - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-77 yang akan diadakan pada 17 Julai ini dibatalkan.
Kerajaan Perlis menerusi satu kenyataan di laman web rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis memaklumkan pembatalan itu sebagai mengambil kira penularan wabak COVID-19 yang serius serta usaha-usaha kerajaan untuk menangani dan mengatasinya.
Kenyataan itu menyebut baginda juga menitahkan peruntukan bagi mengadakan perayaan hari keputeraan itu digunakan untuk keperluan yang lebih memberi manfaat kepada rakyat Perlis.
~Sumber daripada BERNAMA~