Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: Hargai Petugas Barisan Hadapan Dengan Sebenarnya - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
COVID-19: Hargai Petugas Barisan Hadapan Dengan Sebenarnya - Raja Muda Perlis

COVID-19: Hargai Petugas Barisan Hadapan Dengan Sebenarnya - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 April 2020 10:26

Kangar, 6 April 2020 - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar semua pihak terus menerus menghargai pengorbanan para 'petugas barisan hadapan' (frontliners) dengan kaedah sebenarnya iaitu memberikan sokongan kepada tugas mereka menangani penularan pandemik wabak COVID-19.

Sokongan kepada mereka bukan sekadar slogan sebaliknya hendaklah berusaha menghayati tugas mencabar yang digalas oleh mereka.

"Antara perkara penting yang boleh dilakukan oleh kita bagi menghargai pengorbanan mereka adalah dengan berada di rumah bagi menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19. Dengan terhentinya penularan wabak berkenaan, mereka boleh kembali kepada tugas sedia ada tanpa perlu bertungkus-lumus menyelesaikan tugasan berat ini", titah Baginda.

Baginda turut merakamkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada semua petugas sokongan di hospital dan warga kesihatan yang turut sama membantu seperti pegawai kesihatan awam, petugas cucian, pengawal keselamatan, pengurusan fasiliti serta seluruh pihak lain samada kerajaan atau badan bukan kerajaan yang berganding bahu menangani wabak ini seperti pihak keselamatan, perkhidmatan perlu (essential), petugas kebajikan dan peduli asnaf yang bertungkus-lumus menjalankan operasi dan perkhidmatan mereka demi kesejahteraan rakyat.

Dalam hubungan itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan mengumumkan inisiatif kesepuluh MAIPs ekoran penularan wabak maut COVID-19 ini iaitu peruntukan sumbangan awal sebanyak RM20,000 bagi pembelian tambahan peralatan dan pakej sokongan kepada 'petugas barisan hadapan' (frontliners) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Inisiatif berkenaan turut melibatkan sumbangan Khidmat Sosial Korporat (CSR) serta tajaan Guru Tadika Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk anak-anak petugas yang terpaksa ditinggalkan ketika melaksanakan tugasan mereka di hospital.

Untuk rekod, sehingga 6 April 2020, MAIPs telah mengumumkan 10 inisiatif yang berjumlah kira-kira RM4.5juta bagi sama-sama menangani krisis penularan wabak COVID-19 dan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan manfaat kepada golongan asnaf, terjejas pendapatan, peniaga muslim, asnaf berdikari, pelajar sekolah dan barisan petugas hadapan kesihatan.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE