Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: Inisiatif "Perlis Mengaji", medan semarak ilmu sempena pelanjutan PKP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
COVID-19: Inisiatif "Perlis Mengaji", medan semarak ilmu sempena pelanjutan PKP

COVID-19: Inisiatif "Perlis Mengaji", medan semarak ilmu sempena pelanjutan PKP

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 30 Mac 2020 09:55

30 Mac 2020 - Kangar.Inisiatif "Perlis Mengaji" merupakan usaha ke arah menyemarakkan budaya ilmu ketika pelanjutan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan.

Program atas talian yang melibatkan penyertaan orang ramai melalui strim langsung (livestreaming) di platform laman Facebook rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Suara Sunnah ini telah bermula sejak 17 Mac lalu lagi turut dilanjutkan ekoran pelanjutan PKP yang diumumkan Kerajaan.

Pelbagai slot seperti ‘Kuliah Subuh’, ‘Kuliah Dhuha’, ‘Program Bual Bicara’, ‘Pembelajaran Kelas Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs)’ dan juga sesi-sesi penerangan yang disampaikan oleh wakil daripada pelbagai agensi kerajaan telah dan bakal dilaksanakan sepanjang inisiatif yang diperkenankan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini.

Program ini juga merupakan antara inisiatif MAIPs yang dilaksanakan oleh JAIPs bagi melestarikan lagi amalan yang sahih dan menyemarak budaya mencintai ilmu pengetahuan.

Pengarah JAIPs, Dr Hazman Hassan melahirkan rasa syukur atas sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini.

"Antara pencapaian program Perlis Mengaji adalah ia bakal melaksanakan Khatam Bacaan 30 juzuk Al-Quran pada 31 Mac 2020, dan program bacaan tersebut akan disambung lagi untuk sesi kedua yang akan berakhir pada 14 April 2020," tambah beliau.

Pihak MAIPs dan JAIPs juga mengalu-alukan usahasama baru menjayakan akses "Tuisyen Perlis Mengaji" yang dipersetujui pada 29 Mac untuk turut melibatkan penglibatan Kerajaan Negeri bersama MAIPs dalam platfom ini dengan diurus setiakan oleh JAIPs manakala tenaga pengajar adalah terdiri daripada kepakaran guru-guru Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bermula 1 hingga 14 April 2020 ini melibatkan 56 jam waktu pengajaran dan pembelajaran.

Kelas tuisyen berkenaan akan melibatkan persediaan membantu para pelajar bagi peperiksaan UPSR serta subjek-subjek teras SPM, serta kaunseling pembelajaran peperiksaan PT3 dan subjek elektif SPM.

Pelaksanaan tuisyen ini merupakan usaha bagi membantu rakyat Perlis khasnya golongan pelajar dan ibu-bapa untuk meneruskan proses pembelajaran kendiri di rumah walaupun semasa menghadapi cabaran penularan pandemik wabak COVID-19.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE