Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Puji Pelaksanaan Latihan Kerahan Untuk Berkhidmat (LKUB) Rejimen Askar Wataniah. n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Puji Pelaksanaan Latihan Kerahan Untuk Berkhidmat (LKUB) Rejimen Askar Wataniah.

Raja Muda Perlis Puji Pelaksanaan Latihan Kerahan Untuk Berkhidmat (LKUB) Rejimen Askar Wataniah.

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 28 Mac 2020 17:48

Kangar, 28 Mac 2020 - Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersetuju serta menyokong langkah pelaksanaan ‘Latihan Kerahan Untuk Berkhidmat (LKUB)’ yang sedang dilaksanakan oleh Tentera Darat Malaysia untuk memobilisasikan Rejimen Askar Wataniah di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Baginda menitahkan bahawa LKUB merupakan satu tindakan yang tepat di saat negara sedang berusaha mengekang dan memerangi wabak COVID-19 yang sudah menjadi pandemik di seluruh dunia.

Terdapat pelbagai kesan positif terhadap pelaksanaan LKUB ini termasuklah ia memberikan pendedahan kepada penugasan baru anggota sukarela Askar Wataniah melalui penglibatan khidmat masyarakat bersama anggota-anggota tetap.

Selain itu, ia merupakan salah satu usaha integrasi dan kolaborasi yang baik apabila melibatkan kerahan dalam operasi ketenteraan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mana LKUB juga merupakan satu eksesais yang belum pernah dilaksanakan dalam kontek membantu pihak berkuasa awam.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpengkalan di Kem Bukit Keteri Perlis lagi, LKUB juga adalah sebagai salah satu pengiktirafan negara terhadap tugas dan peranan yang dimainkan oleh Askar Wataniah di negara ini apabila ditugaskan sebagai 'front liner' iaitu barisan hadapan negara dalam salah satu tugasan yang disebut sebagai 'Military Operations Other Than War' (MOOTW).

Sebagaimana yang dititahkan baginda terdahulu, olehkerana ini merupakan pengalaman pertama dilaksanakan sedemikian rupa di negara ini, dicadangkan agar beberapa penambahbaikan yang wajar difikirkan oleh ATM terhadap LKUB bagi masa hadapan termasuklah mengenai isu elaun samada perlu dinaikkan atau tidak serta sijil pengiktirafan untuk dianugerahkan kepada para anggota sukarela yang dikerahankan bagi membantu Op PENAWAR ini.

Baginda juga berharap agar aspek dokumentasi anggota sukarela untuk dikerahkan sebagai anggota tetap kelak akan dapat dipermudahkan, selain melihat kembali perancangan perolehan logistik kepada pasukan Askar Wataniah secara umumnya.

Di kesempatan itu, Raja Muda Perlis menzahirkan penghargaan kepada Panglima dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Panglima 2 Divisyen, Panglima 6 Briged dan Panglima 30 Briged serta Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, begitu juga Penaung dan juga Pengerusi JAKPAW Perlis di atas segala sokongan padu yang diberikan kepada pasukan baginda dan mendoakan agar para anggota sentiasa sihat dan berada di dalam keadaan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan selaras dengan kata keramat Op PENAWAR iaitu 'Stay Healthy, Protect Yourself'.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE