Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: MAIPs Salur Bantuan RM2.6 Juta Kepada Asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
COVID-19: MAIPs Salur Bantuan RM2.6 Juta Kepada Asnaf

COVID-19: MAIPs Salur Bantuan RM2.6 Juta Kepada Asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 24 Mac 2020 14:48

Kangar, 24 Mac 2020 - Melihat kepada situasi semasa ekoran penularan pandemik wabak COVID-19, dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020, maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa prihatin dengan nasib mereka yang terdiri daripada kalangan asnaf fakir dan miskin di Perlis.

Sehubungan itu, setelah diperkenankan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs, maka dimaklumkan bahawa MAIPs telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan sebanyak RM2,618,200 kepada manfaat 13,091 asnaf dan keluarga.

Setiap asnaf yang terdiri dari kalangan penerima Bantuan Sarahidup Bulanan dan penerima Bantuan Sarahidup Berkala (DALAM SENARAI TERKINI) akan menerima ‘Bantuan Khas Rangsangan Asnaf’ sebanyak RM200 yang akan disalurkan melalui akaun bank masing-masing.

Tindakan ini adalah bagi mengelakkan sebarang ‘pertemuan fizikal’ yang boleh menyumbang kepada insiden penyebaran wabak pandemik berkenaan.

Hanya mereka yang disenaraikan dalam data penerima asnaf ‘TERKINI’ sahaja akan menerima bantuan berkenaan secara BERPERINGKAT yang dijadualkan seperti berikut :

a) Penerima Bantuan Sarahidup Bulanan : 24 atau 25 Mac 2020.

b) Penerima Bantuan Sarahidup Berkala : 26 atau 27 Mac 2020.

Sebahagian kecil daripada penerima yang tidak berurusan dengan MAIPs melalui Akaun Bank (sebelum ini menerima bantuan MAIPs melalui tunai atau cek) akan menerima bantuan pada tarikh yang bakal diumumkan kemudian setelah dibenarkan untuk berbuat demikian.

Sukacita dimaklumkan bahawa, para asnaf “TIDAK PERLU MEMOHON”, sebaliknya penerima dipilih berdasarkan data terkini asnaf MAIPs.

Semakan terhadap nama, status bayaran dan tarikh menerima / penyaluran bantuan boleh disemak melalui laman : http://asnaf.maips.gov.my/bantuancovid/.

Di kesempatan ini, MAIPs mengambil kesempatan menasihatkan kepada para penerima supaya mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri dengan tidak berkumpul di lokasi bank atau Automated Teller Machine (ATM) melainkan terdapat keperluan mendesak.

Semoga sedikit sumbangan ini akan dapat meringankan bebanan warga asnaf dan berharap agar Agihan Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs di Kariah Masjid-masjid Perlis dapat berjalan dengan lancar serta dikongsi manfaat bersama golongan yang lebih memerlukan.

Pengurusan MAIPs mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang zakat melalui MAIPs dan menyeru kepada semua pihak untuk terus berdoa agar ujian ini dapat segera hilang dan keadaan pulih seperti sedia kala.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE