Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Matikan Rantaian Penularan Covid-19, Bersenam Dan Bersukan Secara Terkawal - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Matikan Rantaian Penularan Covid-19, Bersenam Dan Bersukan Secara Terkawal - Raja Muda Perlis

Matikan Rantaian Penularan Covid-19, Bersenam Dan Bersukan Secara Terkawal - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 18 Mac 2020 14:30

Kuala Lumpur, 18 Mac 2020 - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat agar berusaha mematikan rantaian covid-19 termasuklah dengan mengamalkan aktiviti bersenam dan bersukan dalam keadaan terkawal.

Aktiviti kecergasan di rumah dalam keadaan terkawal boleh dipertimbangkan sebagai usaha meneruskan gaya hidup sihat ketika krisis penularan wabak tersebut.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menerima sumbangan sebanyak RM20,000 bagi pihak Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWPs) daripada syarikat MyUS Venture Partners Sdn. Bhd. di Menara MBMR, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Baginda turut bertitah bahawa sukan woodball turut berpotensi menjadi satu produk pelancongan baharu di negara ini.

Statistik menunjukkan 9 daripada 11 negara yang mencatatkan jumlah kehadiran pelancong tertinggi ke Malaysia merupakan negara-negara yang mempunyai pasukan kebangsaan masing-masing dalam sukan yang semakin dikenali ramai yang berasal dari negara Taiwan sejak tahun 1990 ini.

Pada ketika ini juga terdapat lebih daripada 20 laman woodball di seluruh Malaysia termasuklah tujuh buah di Perlis yang mampu memberikan pengalaman unik kepada para pelancong.

Dari perspektif yang lebih luas lagi pula, dengan adanya fasiliti yang banyak dan berkualiti sebegini, usaha menggilap bakat baharu negara untuk diketengahkan di persada dunia akan menjadi lebih mudah. Malaysia kini merupakan antara cabaran utama dalam kejohanan-kejohanan bertaraf antarabangsa yang dipertandingkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat MyUS Venture Partners Sdn. Bhd., Datuk Nellsen Young yang mempersembahkan cek yang disumbangkan melalui rakan strategik PWPs iaitu Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis memaklumkan bahawa sumbangan tersebut ialah untuk sama-sama menyuburkan sukan ini disamping dapat diperluaskan lagi di masa yang akan datang.

Tambah beliau, ‘Perlis merupakan antara negeri yang paling aktif dalam sukan woodball di Malaysia dengan pelbagai kejohanan diadakan sepanjang tahun dengan kemuncaknya ialah penganjuran Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) 2020 pada tahun ini.

MyUS Group of Companies menyokong penuh sukan woodball dan kewujudan persatuan sukan dalam usaha bagi meningkatkan lagi pembangunan sektor terbabit di negara ini. Usaha itu selaras dengan matlamat untuk sama-sama membantu negara melahirkan lebih ramai pemain woodball dan ahli sukan bertaraf dunia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Hadir sama ialah Pengerusinya Datuk Rashidi Hasbullah.

Datuk Nellsen turut yakin bahawa sukan woodball mampu dijadikan platform bagi mengukuhkan lagi keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

MyUS Venture Partners Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat induk kepada MyUS Group of Companies ditubuhkan dengan mengambil pendekatan untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara luar dan akan memastikan Malaysia menjadi negara yang sentiasa membuka peluang dan ruang untuk pelabur ke rantau Asia Tenggara ini.

Sejak penubuhannya, terdapat pelbagai perancangan yang telah dibuat. Antaranya, mempromosikan sektor pelancongan, pertanian, pelaburan, hartanah, bio-teknologi, barangan seni, pendidikan, konsultansi dan kesihatan kepada pihak luar negara terutamanya Amerika Syarikat (AS) yang menjadi rakan pelaburan ketiga terbesar Malaysia.

MyUS Venture Partners juga telah menetapkan matlamat untuk meningkatkan hubungan baik antara Malaysia-AS di samping memberi penekanan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu masyarakat dalam aspek sosial, ekonomi, alam sekitar dan juga sukan.

~SUMBER MAIPs

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE