Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Askar Wataniah wajar turut membantu uruskan bencana negara - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Askar Wataniah wajar turut membantu uruskan bencana negara - Raja Muda Perlis

Askar Wataniah wajar turut membantu uruskan bencana negara - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 16 Mac 2020 16:43

15 Mac 2020. Padang Besar -- Askar Wataniah wajar turut sama di dalam membantu mengurus sebarang bencana yang melanda negara.

Saban tahun negara melahirkan ribuan anggota simpanan dalam Angkatan Tentera Darat Malaysia. Namun, sejauh mana penglibatan mereka dibenarkan dalam membantu sebagai pasukan benteng pertahanan kedua negara.

Apabila negara dilanda sebarang bencana seperti banjir, tanah runtuh atau operasi mencari dan menyelamat maka adalah sewajarnya dapat dipertimbangkan agar Askar Wataniah dapat turut serta dalam operasi tersebut. Ini kerana mereka juga telah dilatih dan diberi ilmu asas ketenteraan serta dilatih oleh anggota tetap yang telah melepasi pelbagai tahap kursus kejurulatihan.

Adalah menjadi satu kerugian buat negara jika hanya melatih tanpa mempunyai perancangan untuk mengatur gerakkan mereka jika negara dalam situasi darurat atau dilanda bencana alam.

Sewajarnya pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertimbangkan arahan dan saranan khususnya dalam aspek perundangan bagi menjayakan usaha ini.

Demikian titah saranan Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat membuat pelepasan ‘504 Fun Run 2020’ sejauh 5km yang disertai oleh 218 peserta di Padang Kawad Rejimen 504 Askar Wataniah Kem Bukit Keteri pada sabtu petang.

Hadir sama mengiringi baginda bagi melepaskan para peserta ialah Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Tuanku Raja Muda Perlis turut menyarankan agar kepelbagaian bentuk latihan serta keperluan penglibatan Askar Wataniah dalam situasi darurat negara perlu dikaji semula dari masa ke semasa sebagai langkah untuk menarik lebih ramai rakyat bagi menyertai Askar Wataniah selain memperhalusi keistimewaan dan faedah yang sepatutnya diterima supaya setanding dengan tugas sebagai bentang kedua kedaulatan negara.

Selain ‘Fun Run’, turut diadakan terlebih dahulu ialah acara ‘15km Larian Berhalangan’ mencabar yang turut melalui Sirkit Merentas Halangan Syed Sirajuddin Areeb Putra di dalam kem dan telah berjaya menarik penyertaan seramai 184 orang peserta merangkumi kategori ‘Mens Open’, ‘Mens Veteran’, ‘Womens Open’ dan ‘Womens Veteran’.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE