Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: Tiada Solat Jemaah Di Masjid, Surau Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
COVID-19: Tiada Solat Jemaah Di Masjid, Surau Perlis

COVID-19: Tiada Solat Jemaah Di Masjid, Surau Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 16 Mac 2020 16:13

KANGAR, 16 Mac 2020 -  Tiada solat berjemaah di masjid atau surau dan solat Jumaat di Perlis bermula hari ini, bagi mengelak penularan coronavirus (COVID-19).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan.

“Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan ini mengambil keputusan bersetuju supaya aktiviti berkumpulan di masjid, termasuk solat jemaah dan Jumaat dihentikan seketika.

“Umat Islam di negeri ini diminta menunaikan solat jemaah di rumah dalam tempoh 14 hari bermula Maghrib hari ini, sehingga Isyak 29 Mac,” titah baginda dalam kenyataan di sini, hari ini.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIP’s bertitah, laungan azan akan dilaksanakan di masjid dengan gantian seruan ungkapan bermaksud ‘solatlah di rumah kamu’.

“Hanya pegawai masjid yang bertugas iaitu seorang imam, bilal dan siak akan hadir solat berjemaah. Bagaimanapun terdapat ketetapan yang perlu dijaga, iaitu hanya muazin perlu hadir awal bagi tujuan melaungkan azan.

“Selain itu, mereka perlu memendekkan tempoh keberadaan di masjid, mengambil wuduk di rumah, tidak bersalaman, membawa sejadah sendiri dan memastikan diri benar-benar bersih dan sihat sebelum hadir ke masjid,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, semua masjid juga perlu melaksanakan proses cucian atau nyah-kuman dalam tempoh 14 hari dan dilaksana setiap kali waktu solat oleh pegawai atau jawatankuasa masjid yang bertugas.

“Semua aktiviti masjid sama ada kelas, kuliah dan pengajian dalam tempoh 14 hari juga perlu ditangguh. Namun, pengajaran secara dalam talian boleh dipertimbang dilaksana dari rumah sebagai alternatif.

“Pengurusan masjid di seluruh Perlis hendaklah melaksanakan tindakan yang ditetapkan bermula Maghrib hari ini, sehingga 29 Mac dan sebarang tempoh pelanjutan akan dipertimbang selepas mendapat pandangan Kementerian Kesihatan,” titah baginda.

Selain Perlis, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan juga membuat ketetapan bahawa solat berjemaah termasuk solat Jumaat serta sebarang aktiviti berkaitan tidak diadakan di masjid dan surau negeri itu selama 10 hari bermula esok hingga 26 Mac ini.

~SUMBER BERITA HARIAN~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE