Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Nasihati Pegawai Tauliah PALAPES Aktif Dalam Askar Wataniah - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Nasihati Pegawai Tauliah PALAPES Aktif Dalam Askar Wataniah - Raja Muda Perlis

Nasihati Pegawai Tauliah PALAPES Aktif Dalam Askar Wataniah - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 18 Februari 2020 10:19

Bangkok, Thailand , 18 Februari 2020 - Ibu bapa dan penjaga diminta menasihati anak-anak atau jagaan mereka yang ditauliahkan sebagai Pegawai Tauliah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terus terlibat aktif dalam Askar Wataniah selepas masing-masing tamat pengajian mereka di universiti-universiti awam.

Ini adalah kerana semangat anak-anak muda seperti mereka perlu dipupuk untuk terus cintakan tanah air dan sifat patriotik perlu disuburkan kerana keamanan dan kedaulatan negara harus sentiasa dipertahankan.

Pengalaman dan latihan yang dijalani oleh para Pegawai Tauliah PALAPES dengan penuh berdedikasi selama 3 tahun sedikit sebanyak juga akan dapat membantu anggota Askar Wataniah yang lain.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Ibupejabat Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera DiRaja Thailand di Bangkok petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Komandannya, Leftenan Jeneral Prakarn Padavanija yang menyampaikan taklimat, timbalan-timbalan beliau Mejar Jeneral Aittipol Suwannarat dan Mejar Jeneral Sudyod Promkaew serta para pegawai kanan pasukan.

Hadir sama ialah Komandan Pusat Askar Simpanan Thailand, Mejar Jeneral Wuttikrai Klaythong dan Komandan Pusat Latihan Askar Simpanan Thailand, Mejar Jeneral Trijakra Nakapaiboon.

Baginda merangkap Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan juga Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia mengetuai delegasi ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategik Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Tahun 2020’ ke Bangkok, Thailand bermula semalam.

Tambah Tuanku Raja Muda Perlis, kebajikan Pegawai Tauliah PALAPES juga akan lebih terjaga dan terjamin apabila mereka terus terlibat aktif dalam pasukan Askar Wataniah di samping peruntukan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan sepanjang tempoh menjadi kadet selama 3 tahun tidak dipersiakan apabila masing-masing terus aktif dan menyumbang khidmat kepada negara.

Sempena kunjungan tersebut, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Hadsan Basri Awang Mat Dahan turut menyampaikan ucapan dan turut diiringi oleh Lt. Kol.Prof Madya Dr Abdul Halim Mokhtar (Universiti Malaya) dan Kapten Rozaimi Kamarudin (Universiti Sains Islam Malaysia) sebagai urusetia penganjuran pada kali ini. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE