Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja Pahang, Raja Muda Perlis Berbasikal Santuni Komuniti n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja Pahang, Raja Muda Perlis Berbasikal Santuni Komuniti

Pemangku Raja Pahang, Raja Muda Perlis Berbasikal Santuni Komuniti

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 16 Februari 2020 08:54

Raub, Pahang, 16 Feb. 2020- Program berbasikal ‘Mousang Ride @ Kolej Komuniti bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail 2020’ menerima keberangkatan istimewa apabila Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menyertainya pada pagi semalam.

Program tersebut dianjurkan oleh Kolej Komuniti Raub Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pejabat Daerah Raub.

Menyambut keberangkatan tetamu diraja dari ke dua-dua negeri berkenaan ialah Ketua Pengarah JPPKK, Ts. Dr. Mohammad Naim Yaakub, Pegawai Daerah Raub, Datuk Muhammad Shahid Ismail dan Pengarah Kolej Komuniti Raub, Mohammad Azwan Ja’afar.

Berangkat sama di majlis sambutan selepas kayuhan itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, DatukSri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Sepanjang kayuhan sejauh 17km yang bermula dan berakhir di perkarangan Kolej Komuniti Raub yang terletak di Taman Amalina Lestari, para peserta seramai lebih 100 orang termasuk 35 dari Kelab TGG Perlis (Cawangan KL) itu turut singgah di beberapa lokasi lain. Antaranya di Kem Batalion Ketiga Rejimen 505 Askar Wataniah (Kem Puncak Mas - Raub) yang juga dikenali sebagai ‘Kem Force 106’ bagi beramah mesra dengan para pegawai dan anggota pasukan itu serta Perkampungan Ibadah Warga Emas Islam Raub dan juga Maahad Tahfiz Riadus Solihin, Taman Shahbandar bagi menyantuni serta menyampaikan sumbangan ikhlas berupa wang tunai dan juga keperluan asas harian untuk para penghuni masing-masing. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE