Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Membayar Hutang, Sikap Terpuji - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Membayar Hutang, Sikap Terpuji - Raja Muda Perlis

Membayar Hutang, Sikap Terpuji - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 13 Februari 2020 12:35

Kangar, 13 Februari 2020 - Salah satu sikap terpuji yang melambangkan sikap amanah pada seseorang adalah usahanya untuk membayar hutang.

Membayar atau melunaskan hutang tidak kira di peringkat apa dan jumlah berapa sekalipun amatlah dituntut kerana ianya merupakan komitmen yang mesti dilaksanakan.

Sebagai masyarakat yang berminda kelas pertama dalam tindakan, adalah menjadi tanggungjawab untuk kita semua berusaha membayar balik sebarang hutang yang merupakan hak daripada pemberi hutang kepada kita.

Demikian titah peringatan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan program ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke 11 bagi tahun 2020’ yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al Amin, Sempering, Kangar pada petang semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Mohd Nazim yang berkebetulan menyambut hari ulangtahun beliau yang ke 37 pada hari yang sama iaitu 12 Februari pula, menurut ‘Laporan Ekonomi Malaysia 2020’ untuk tempoh sehingga penghujung Julai tahun 2019 yang lalu, kadar pinjaman isi rumah yang tertunggak telah meningkat 4.7 peratus, kini sudah mencecah RM1,007.4 bilion.

Angka berkenaan secara signifikan menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat terlibat dengan amalan berhutang. Justeru, pengurusan kredit yang baik perlu dilaksanakan agar sebarang hutang yang dibuat dapat dijelaskan kembali kepada pemiutang.

Bersempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan merasmikan projek peningkatan sosio-ekonomi Asnaf MAIPs berupa sebuah kedai makan nasi ayam dan bihun sup yang diusahakan sejak 3 tahun lalu oleh Haqihanini Osman, berusia 44 tahun (No Tel: 01151389203) yang beralamat di No 22 Jalan Madu Kampung Salang, 01000 Kangar. Beliau pernah mendapat sumbangan bantuan peralatan daripada MAIPs berjumlah RM3,860 pada bulan Januari 2020 baru-baru ini.

Terdahulu daripada itu turut diadakan tayangan video dan pemeriksaan kesihatan oleh para pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis disusuli penyerahan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 150 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah Kg Baroh, Kg Ngulang dan Kg Sempering. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE