Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Yayasan Food Bank Jalin Kerjasama Dengan MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Yayasan Food Bank Jalin Kerjasama Dengan MAIPs

Yayasan Food Bank Jalin Kerjasama Dengan MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 Februari 2020 10:28

Arau, 10 Februari 2020 - Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama-sama dengan rakan strategiknya bagi negeri Perlis iaitu Persatuan Kebajikan Usahawan Mikro Malaysia (PKUMM) berhasrat untuk menjalinkan peluang kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi aktivitinya di negeri ini.

Demikian hasil majlis sembah mengadap oleh kepimpinan tertinggi YFBM dan PKUMM, ke atas Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diadakan di Bilik Mesyuarat Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

Delegasi YFBM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ab Wahab Long dan Ketua Pegawai Operasi, Ahmad Saifulzaman Datuk Haji Mahadi serta Pengerusi PKUMM, Nabil Datuk Nordin dan Ahli Lembaganya, Ismawati Ismail.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor, Setiausaha Kehormat YTSP Perlis Datuk Johari Mohd Darus dan Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, Ashraf Abd Aziz.

Selain bekerjasama dengan MAIPs dan YTSP Perlis, PKUMM sebagai penggerak utama program di Perlis yang sudahpun menjalankan beberapa aktiviti dengan Universiti Malaysia Perlis (UnuMAP) disarankan agar turut berbincang dengan Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis yang memayungi beberapa NGO berkaitan di negeri ini serta Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) untuk tujuan yang sama.

Menurut Nabil, pihak PKUMM juga melihat peluang bekerjasama dengan pihak LKIM dan FAMA yang diharap akan dapat membantu menyumbangkan lebihan makanan daripada sektor perikanan dan pertanian di samping keperluan penyediaan pusat penyimpanan, pengurusan dan penyampaian yang sempurna supaya segala sumbangan ini akan betul-betul sampai kepada kumpulan sasarannya.

Ab Wahab pula berkongsi maklumat bahawa mekanisma pelaksanaan program Yayasan Food Bank Malaysia ini merangkumi ‘Penyelaras’, ‘Penyumbang’, ‘Penggerak’ dan juga ‘Penerima’. Menurut statistik terkini program Food Bank Malaysia, sebanyak 2,120 metrik tan lebihan makanan berjaya diselamatkan dan disalurkan kepada 531,567 ahli isi rumah dari Ogos 2018 sehinggalah Disember 2019 yang lalu. Difahamkan juga hampir 1.4 metrik tan lebihan makanan dihasilkan bagi sebuah cawangan pasaraya dalam tempoh satu bulan.

Pada kesempatan tersebut, Tuanku Raja Muda Perlis tutut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua dan gembira dengan usaha murni ini kerana memberikan manfaat terutamanya kepada mereka yang benar-benar memerlukan tanpa mengira latarbelakang kaum, agama dan fahaman politik.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE