Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Temui Komuniti Islam Di Mae Sai, Thailand n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Temui Komuniti Islam Di Mae Sai, Thailand

/ Archive MAIPs / Selasa, 03 Disember 2013 00:27

KANGAR, 3 Dis 2013 (SELASA) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang kini dalam rangka lawatan tidak rasmi ke wilayah Chiangrai mengambil kesempatan bertemu masyarakat Islam di Masjid An-Noor yang merupakan masjid paling utara di Thailand.Menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), masjid yang terletak dalam bandar Mae Sai itu menjadi tumpuan kira-kira 800 umat Islam yang tinggal di persekitarannya selain rakyat asing termasuk China, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia.Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs turut bertemu imam masjid itu, Arun Jindaaphirakkul, semalam dan mendengar taklimat ringkas mengenai perjalanan kegiatan masjid itu.Baginda turut menyampaikan cendera kenangan kepada imam itu selain risalah keluaran MAIPs dan Jabatan Mufti Perlis.Masjid itu dibina 35 tahun lalu melalui sumbangan kerajaan Arab Saudi dan antara kegiatan yang dijalankan termasuk kelas Fardu Ain pada setiap Jumaat dan Sabtu selama tiga jam sehari untuk kanak-kanak berusia antara enam dan 12 tahun selepas waktu persekolahan.Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta putera dan puteri baginda turut melawat Golden Triangle yang terletak di sempadan tiga negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos dalam lawatan yang bermula Ahad lepas.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE